Umno: BN mampu nafi majoriti dua pertiga di Terengganu
Barisan Nasional (BN), khususnya, Umno Terengganu yakin mampu merampas semula sekurang-kurangnya 14 daripada 32 kerusi negeri dan menafikan PAS majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum akan datang.
BN kehilangan Terengganu apabila PAS berjaya memenangi 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 1999, termasuk di kawasan yang bukan kubu kuat PAS.
Beberapa pemimpin Umno negeri, termasuk beberapa ketua Pemuda bahagian, yang dihubungi malaysiakini yakin dengan kemampuan parti itu untuk membuat kejutan dalam pilihanraya umum akan datang, berdasarkan perkembangan politik semasa, khususnya di Terengganu.
Selain faktor wang ehsan yang banyak membantu Umno memenangi semula hati rakyat, mereka berkata, kebanyakan kawasan terbabit dimenangi PAS dengan majoriti kecil.

Walaupun berlaku persempadanan semula kawasan pilihanraya di negeri itu, tetapi menurut mereka, jumlah kerusi negeri (32) dan Parlimennya (8) tidak bertambah.
Di Kemaman yang memang dikenali sebagai kubu kuat Umno, parti itu tewas di tiga daripada empat kerusi DUN. Calon-calon Umno tewas di Cukai, Air Putih dan Kijal dengan majoriti di bawah 500 undi.
Kubu PAS
Manakala satu lagi kerusi Kemasik dimenangi calon Umno dengan majoriti tipis sebanyak 104 undi.
Bagi kawasan Dungun pula, DUN Bukit Besi juga merupakan kubu kuat Umno yang dimenangi calon PAS dengan menjadi tipis 87 undi. Calon PAS juga memenangi tiga lagi kerusi DUN di kawasan itu - Rantau Abang, Sura dan Paka.
Memandangkan calon-calon PAS menang dengan majoriti besar melebih 2,400 undi, maka parti itu dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengekalkan ketiga-tiga kerusi berkenaan.
Di kawasan Hulu Terengganu, Umno berpeluang untuk mengekalkan dua kerusi DUN -Ajil dan Telemung tetapi peluangnya untuk merampas semula dua lagi kerusi Manir dan Kuala Berang agak tipis.
Walaupun calon Umno memenangi Ajil dengan majoriti kecil 125 undi dan Telemung (660 undi), tetapi perkembangan politik semasa di Terengganu memungkinkan parti itu mengekalkan kedua-dua kawasan terbabit dengan majoriti yang lebih besar.
Marang pula merupakan kawasan kubu kuat PAS, khususnya di kawasan yang diwakili oleh pemangku Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ru Rendang.
Majoriti tipis
Tiga lagi kawasan di Parlimen Marang Alur Limbat, Bukit Payung dan Pengkalan Berangan memang sukar ditembusi Umno.
Di Parlimen Kuala Terengganu pula, BN dijangka mampu memenangi semula DUN Bandar yang dimenangi calon PAS dengan majoriti kecil 511 undi sahaja.
Bagaimanapun, tiga lagi kerusi DUN Wakaf Mempelam, Batu Buruk dan Ladang adalah merupakan kuat PAS.
Di Kuala Nerus pula, Umno dijangka mampu mempertahankan kerusi Seberang Takir yang dimenangi oleh calon BN, Datuk Abdul Rashid dengan majoriti 557 undi.
BN juga masih mempunyai peluang untuk menang di DUN Bukit Tunggal yang dimenangi calon PAS dengan majoriti 1,942 undi.
Peluang cerah
Bagaimanapun, DUN Teluk Pasu dan Tepuh yang dimenangi calon PAS dengan majoriti melebih 3,800 undi, memang sukar ditembusi BN.
BN juga mempunyai peluang cerah untuk memenangi keempat-empat kerusi DUN Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit di Parlimen Setiu yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum yang lalu.'
Berdasarkan kepada majoriti undi 451 (Permaisuri), 157 (Langkap), 1,187 (Batu Rakit) dan 1,494 (Jabi) BN, khususnya Umno, dijangka boleh merampasnya semula.
BN juga dijangka mampu merampas semula empat kerusi DUN di Besut Kuala Besut, Kampung Raja, Jertih dan Hulu Besut dalam pilihanraya umum akan datang.
Dalam pilihanraya umum lalu, BN tewas di Kuala Besut dengan majoriti kecil 487 undi, Kampung Raja (710 undi), Hulu Besut (598 undi) dan Jertih (1,464 undi).

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.