Mahkamah kekurangan 233 jurubahasa
Masalah kekurangan jurubahasa, terutama dalam bahasa Cina, adalah merupakan antara punca berlakunya tunggakan kes mahkamah di negara ini, kata Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noh Omar.
Katanya, walaupun terdapat 895 jawatan jurubahasa, cuma 662 jawatan dapat diisi setakat ini.
"Ini bermakna, mahkamah kekurangan 223 lagi jurubahasa. Sebagai contoh, di satu negeri terdapat empat mahkamah tinggi tetapi cuma ada seorang jurubahasa. Apabila khidmat jurubahasa itu tidak dapat digunakan, maka kes telah tertangguh," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh).
Masalah kekurangan jurubahasa, terutama dalam bahasa Cina, adalah merupakan antara punca berlakunya tunggakan kes mahkamah di negara ini, kata Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noh Omar.
Katanya, walaupun terdapat 895 jawatan jurubahasa, cuma 662 jawatan dapat diisi setakat ini.
"Ini bermakna, mahkamah kekurangan 223 lagi jurubahasa. Sebagai contoh, di satu negeri terdapat empat mahkamah tinggi tetapi cuma ada seorang jurubahasa. Apabila khidmat jurubahasa itu tidak dapat digunakan, maka kes telah tertangguh," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh).
Menurutnya, apabila sesuatu kes dihadapkan ke mahkamah, jika pihak yang dituduh mendesak hendak menggunakan khidmat jurubahasa, walaupun peguam dan hakim sudah ada, tetapi kerana ketiadaan jurubahasa, maka kes itu terpaksa ditangguh.
Menjawab soalan tambahan Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Batang Lupar), Noh tidak menolak kemungkinan bahawa skim perkhidmatan jurubahasa yang kurang menarik, menyebabkan ramai yang tidak mahu mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji skim perkhidmatan yang menawarkan gaji yang lebih baik kepada jurubahasa mahkamah.
Teknologi baru
Selain itu, kata Noh, pihak kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan kaedah yang membabitkan penggunaan teknologi moden dan urusan pentadbiran mahkamah, termasuk memudahkan pihak hakim mencatatkan perjalanan perbicaraan di mahkamah.
"Saya percaya, kita akan sampai ke satu tahap di mana, dengan teknologi baru, bila orang cakap, tidak payah tulis lagi, tetapi secara automatik tertulis pada peralatan yang disediakan," tambahnya.
Pada keseluruhannya, kata Noh, mahkamah telah dapat menyelesaikan kes-kes tertangguh, dengan kadar pelupusan kes di semua peringkat mahkamah sebanyak 96 peratus pada 2001 dan 107 peratus pada 2002.
Menjawab soalan tambahan Ahmad Zahid (
gambar
), beliau berkata, mengikut amalan arahan Ketua Hakim Negara, keutamaan mendengar kes adalah ditetapi seperti berikut - kes tahanan reman, kes membabitkan anggota kerajaan termasuk badan berkanun, kes kanak-kanak, kes melibatkan kepentingan awam dan kes cetak rompak.
Bagaimanapun, Noh berkata, masalah kes tertangguh ini bukan sahaja membabitkan pihak mahkamah tetapi juga pihak peguambela, saksi dan pihak lain yang turut terbabit.
Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Datuk Mahadzir Mohd Khir memberitahu dewan bahawa Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah memberi penekanan kepada penguasaan Jawi dan al-Quran kepada murid Tahun Satu.
Celek Jawi
Sehubungan itu, katanya, para guru yang mengajar Jawi dan al-Quran akan diberi kursus dari semasa ke semasa.
Menjawab soalan Abu Bakar Othman (PAS-Jerlun), beliau berkata, para guru juga dihendaki melaksanakan pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan penguasaan dan pengukuhan Jawi di kalangan murid.
Menurutnya Mahadzir, satu masa khas diperuntukkan untuk pelajaran Jawi dalam jadual pembelajaran peringkat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) manakala bagi peringkat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pelajaran Jawi diperkukuhkan menerusi Pendidikan Islam.
Selain itu, katanya, seminar jawi peringkat kebangsaan telah diadakan dari 16 hingga 18 Okt tahun lalu dalam usaha kerajaan mengatasi masalah buta huruf Jawi di kalangan pelajar.
Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, katanya, telah mengadakan kajian pelaksanaan pelajaran Jawi di kalangan pelajar KBSR pada 1992 sebagai sebahagian daripada kajian mengenai celek huruf jawi.
Kajian itu, menurut beliau, mendapati 66.8 peratus murid Tahun Satu, 49 peratus murid Tahun Dua dan 61.4 peratus murid Tahun Tiga boleh membaca Jawi mengikut tahap mereka.
Utusan Melayu
Kajian itu juga, jelasnya, mendapati 57.7 peratus murid Tahun Empat, 67.5 peratus murid Tahun Lima dan 67.1 peratus murid Tahun Enam juga boleh membaca Jawi.
Menurutnya, satu lagi kejian yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Islam dengan kerjasama
Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia pada 1998 terhadap murid Tahun Enam di tiga negeri - Johor, Selangor dan Pulau Pinang - mendapati 61 peratus murid menguasai kemahiran membaca Jawi.
Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh) yang ingin tahu sama ada kementerian mungkin menggunakan akhbar Utusan Melayu di sekolah dalam usaha meningkatkan penguasaan Jawi, Mahadzir berkata:
"Kita sedang memikirkan untuk mengedarkan akhbar Utusan Melayu ke sekolah-sekolah dalam usaha untuk meningkatkan celek huruf Jawi di kalangan pelajar," katanya.
Cadangan baru
Sementara itu, Setiausaha Parlimen kementerian itu Datuk Donald Lim pula memberitahu dewan Kementerian Pengangkutan sedang menunggu maklumat balas daripada sebuah syarikat mengenai cadangan membina sebuah pelabuhan perdagangan serbaguna bertaraf antarabangsa di Tumpat, Kelantan.
Menjawab soalan tambahan Wan Nik Wan Yusoff (PAS-Bachok), berkata, syarikat Hongkew Holding (M) Sdn Bhd telah membuat permohonan baru-baru ini bagi menukar konsep asal daripada sebuah pelabuhan yang khusus, kepada sebuah pelabuhan perdagangan serbaguna.
Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Ramli Ibrahim (Keadilan-Kota Bharu) (
gambar
), Lim berkata pada 1997, kerajaan pusat telah meluluskan cadangan kerajaan Kelantan untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat secara penswastaan yang akan dilaksanakan syarikat berkenaan.
Pelabuhan itu dicadang beroperasi secara khusus untuk mengangkut simen dan bahan mentah simen kilang kepunyaan syarikat berkenaan.

