Sars jejas teruk industri pelancongan: Kadir
Kesan wabak penyakit Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (Sars) terhadap industri pelancongan negara adalah lebih hebat daripada kesan perang di Iraq, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheik Fadzir di Dewan Rakyat hari ini.
"Memanglah kedua-dua malapetaka ini adalah satu pukulan cukup teruk terhadap industri pelancongan negara, lebih-lebih lagi wabak Sars," katanya ketika menjawab soalan tambahan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).
Bagaimanapun, beliau berkata, nampaknya wabak Sars dan perang di Iraq telah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat ini.
"Perang di Iraq nampaknya ada tandatanda akan berakhir dan penyakit Sars juga, berdasarkan laporan dari merata tempata telahpun mula dikawal dan kes-kes baru juga nampaknya berkurangan.

"Saya penuh yakin, dalam masa dua tiga minggu lagi, dengan tindakan keras yang sedang diambil oleh semua negara seperti China, Hongkong, Taiwan dan juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (
WHO
) dan di Malaysia sendiri, masalah ini akan dapat diatasi.
"Sekarang susah kita hendak mengambil apa-apa tindakan. Dulu apabila kita ada masalah di Barat, kita alih pandangan ke Asia (untuk tujuan pelancongan). Tetapi sekarang di Barat pun ada masalah, di Asia pun ada masalah ... jadi kita berharaplah kedua-dua masalah ini dapat diatasi segera," tegasnya.
Pekerja asing
Berikutan itu, katanya, beberapa kempen pelancongan yang dirancang untuk kawasan Eropah terpaksa ditangguhkan buat sementara berikutan berlakunya wabak Sars.
"Dalam lawatan saya ke negeri China baru-baru ini, kita telah menyediakan pelbagai kempen yang cukup hebat bersama syarikat di negara itu. Bagaimanapun, ia juga kita terpaksa tunda buat sementara," tambahnya.
Buat masa ini, kata Kadir, kementeriannya sedang meningkatkan kempen untuk menggalakkan pelancongan domestik serta pelancongan pelajar dalam negeri bagi membantu pengusaha hotel dan restoran di negara ini.
Sebelum itu, Menteri berkenaan Datuk Dr Fong Chan Onn memberitahu Dewan kementeriannya menganjurkan program latihan semula untuk lepasan universiti tempatan dan luar negeri bagi menambah kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Kemahiran tambahan ini, katanya, boleh membantu mereka mencari pekerjaan yang sesuai pada masa ini.
Menjawab soalan Chang See Ten (BN-Gelang Patah), Chan berkata kementeriannya menyalurkan kepada Kementerian Pendidikan, maklum balas dari syarikat swasta tentang kriteria pemilihan dan keperluan semasa tenaga kerja dalam pasaran pekerjaan.
Dengan itu, tambahnya, Kementerian Pendidikan boleh membantu memberi nasihat kepada universiti tempatan untuk menyediakan kurikulum pengajian yang sesuai dengan keperluan tenaga kerja semasa.
Pelajar miskin
Menjawab soalan tambahan Hoe Seong Chang (BN-Kluang) mengenai pengambilan pekerja asing, Dr Fong berkata, kerajaan kini menggalakkan industri perkilangan supaya beralih kepada penggunaan teknologi tinggi bagi mengurangkan penggantungan berterusan kepada tenaga asing.
Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ting Chew Peh (BN-Gopeng), juga mengenai masalah kekurangan pekerja dalam sektor pengeluaran, Dr Fong berkata, sehingga Disember tahun lalu, 1,057,112 pekerja asing bekerja di negara ini, dengan 332,631 dalam sektor perkilangan.
Katanya, pekerja asing itu datangnya dari 13 negara - Indonesia, Thailand, Kemboja, Nepal, Burmar, Laos, Vietnam, Filipina, Turkenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, India dan Sri Lanka.
Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Khir pula memberitahu Dewan, sejumlah RM87.7 juta telah dibelanjakan untuk memberi bantuan kepada 730,833 pelajar miskin di seluruh negara di bawah anggaran belanja mengurus 2003.
Menjawab soalan tambahan Taib Azamudden Mohd Taib (PAS-Baling), beliau berkata, kerajaan tidak pernah menganaktirikan bantuan sebanyak RM120 seorang itu kepada pelajar di kawasan yang diwakili pembangkang.
"Kalau dilihat dari segi peruntukan yang telah kita berikan, di Kelantan sahaja, kita beri RM10,480,680 manakala di Johor, negeri yang 100 peratus diperintah BN, kita hanya peruntukan RM6,540,120," tambahnya.
Menjawab soalan asal Taib Azamudden mengenai tabung amanah pelajar miskin, Mahadzir berkata ianya dijangka beroperasi selepas dibentang dan diluluskan dalam persidangan dewan sekarang.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.