Pak Lah perlu pemimpin paling berpengaruh dalam Umno
Walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi belum lagi menamakan bakal timbalannya, ramai pemimpin Umno berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah merupakan pilihan terbaik bagi Abdullah yang kini perlu menguatkan kedudukannya di semua peringkat dalam Umno.
Antara pemimpin tertinggi Umno, Najib memang dikenali mempunyai rangkaian sokongan yang kuat di peringkat bahagian, terutama di kalangan pergerakan pemuda.
"Sebagai naib presiden yang dipertanggungjawabkan mengenai keahlian parti, peluang ini telah digunakan sebaik-baiknya oleh Najib untuk menguatkan lagi kedudukannya dalam parti," kata sumber Umno yang rapat dengan kedua-dua pemimpin itu.
Walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi belum lagi menamakan bakal timbalannya, ramai pemimpin Umno berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah merupakan pilihan terbaik bagi Abdullah yang kini perlu menguatkan kedudukannya di semua peringkat dalam Umno.
Antara pemimpin tertinggi Umno, Najib memang dikenali mempunyai rangkaian sokongan yang kuat di peringkat bahagian, terutama di kalangan pergerakan pemuda.
"Sebagai naib presiden yang dipertanggungjawabkan mengenai keahlian parti, peluang ini telah digunakan sebaik-baiknya oleh Najib untuk menguatkan lagi kedudukannya dalam parti," kata sumber Umno yang rapat dengan kedua-dua pemimpin itu.
Dalam lain perkataan, dengan memilih Najib sebagai timbalannya, Abdullah boleh turut sama memanfaatkan rangkaian sokongan Najib untuk menguatkan kedudukannya dalam Umno di semua peringkat, katanya
Sebaliknya, kata beliau jika Abdullah memilih calon lain sebagai timbalannya, dikhuatiri ada di kalangan penyokong Najib akan membantahnya melalui 'pemilihan parti' akan datang.
"Ini boleh menyebabkan pemilihan pucuk pimpinan Umno nanti akan menjadi sengit, dengan kemungkinan berlakunya pertandingan bagi semua jawatan termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden," tambahnya.
Tewas
Menurutnya, ini pernah berlaku di antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 sehingga mengakibatkan Umno diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi sebagai pertubuhan haram.
Berikutan itu, Dr Mahathir telah menubuhkan Umno Baru manakala Tengku Razaleigh pula menubuhkan parti Semangat 46, sempena penubuhan Umno pada tahun 1946.
Akibatnya, dalam pilihanraya umum 1990, Semangat 46 bergabung dengan PAS dan parti Melayu/Islam yang lain untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan berjaya merampas Kelantan daripada Barisan Nasional (BN).
Walaupun Tengku Razaleigh kemudiannya membubarkan Semangat 46 dan kembali bersama penyokong menyertai semula Umno, namun sehingga hari ini, BN masih gagal untuk menawan semula Kelantan.
Malah, BN kehilangan Terengganu kepada PAS dalam pilihanraya umum 1999, selepas menubuhkan persefakatan politik dengan parti Keadilan, Parti Rakyat Malaysia dan DAP, melalui Barisan Alternatif (BA).
"Oleh itu, ramai pemimpin Umno berharap Abdullah dan pemimpin tertinggi Umno yang lain supaya berhati-hati dalam membuat sebarang perhitungan dalam menentukan barisan kepimpinan parti selepas Dr Mahathir bersara, bagi mengelak luka lama berdarah kembali," tegas.
Ujian
Muhyiddin pula, berbanding dengan Najib, tidak mempunyai rangkaian sokongan kuat di peringkat akar umbi.
"Manakala seorang lagi naib presiden Tan Sri Muhammad Muhd Taib, walaupun boleh dianggap sudah diterima semula kepimpinannya oleh ahli Umno, tetapi beliau masih perlu melalui satu lagi ujian bagi menentukan sama ada beliau juga sudah diterima semula oleh rakyat amnya," tegas seorang lagi pemimpin Umno.
Muhd Taib yang juga bekas menteri besar Selangor ditahan bersama wangtunai bernilai RM2.4 million di sebuah lapangan terbang di Australian pada 1996 dan kemudiannya didakwa kerana gagal mengisytiharkan hartanya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Beliau bagaimanapun sudah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan.
"Ini bermakana beliau perlu bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, sebaik-baik bagi kerusi Parlimen.
"Jika beliau menang dengan majoriti yang menggalakkan, ia bermakna beliau sudah diterima semula rakyat, sekaligus meletakkannya dalam barisan kepimpinan parti dan kerajaan selepas Najib," tambahnya.
Mengenai desas-desus bahawa Datuk Rais Yatim juga disebut-sebut mungkin antara pemimpin dalam senarai untuk dipilih menjadi timbalan Abdullah, seorang pemimpin kanan Umno berkata, tidak timbul langsung soal Rais akan mengisi jawatan itu.
Spekulasi
"Walaupun Rais merupakan kawan baik Abdullah, terutama ketika Umno terumbang-ambing dalam tahun 1987, Rais menyertai Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh manakala Abdullah kembali bersama Dr Mahathir dalam Umno Baru.
"Ini menunjukkan, walaupun mereka rapat, tetapi pendekatan politik mereka adalah berbeza," tambahnya.
Apa yang Abdullah perlukan sekarang bukanlah seorang rakan akrab untuk membantunya dalam parti dan kerajaan, tetapi seorang pemimpin yang kuat kedudukannya dalam Umno untuk menjadi sandarannya, tegasnya lagi.
"Selama inipun, sejak dilantik menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, Abdullah menyandarkan kekuatannya kepada pengaruh Dr Mahathir. Selepas Dr Mahathir bersara nanti, pilihan terbaik Abdullah ialah Najib," tambahnya.
Mengenai kemungkinan Abdullah melantik timbalannya bukan dari kalangan naib presiden, pemimpin itu berkata, ia adalah langkah yang kurang baik bagi Umno.
Malah, katanya, kalangan penyokong Abdullah memberitahu bahawa pilihan beliau adalah Najib.
"Cuma beliau hanya mahu mengumumkan perlantikan timbalannya selepas sah mengambil alih kuasa dari Dr Mahathir Oktober ini.
Namun begitu, timbul pelbagai spekulasi mengenai mengapa Abdullah masih melengah-lengahkan perlantikan timbalannya, dan keadaan ini boleh memudaratkan Umno.

