Ahli silap mata sudah tentu tidak mempunyai masalah untuk menarik keluar arnab dari topi tetapi bagi parti politik seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), ia merupakan satu tugas yang berat.

Dengan Tahun Arnab semakin hampir dalam kalendar China, 5,000 anggota SUPP di seluruh negeri akan berhimpun pada konvensyen kali pertama dan terbesar, Ahad ini, bagi "memberi motivasi kepada para anggota dan menyatukan parti" bagi mencari jalan "melakukan sesuatu yang mengejutkan".

NONE SUPP kini menghadapi masalah serius sejak penubuhannya 52 tahun lalu - kemerosotan sokongan dan kesukaran bagi membawa sebarang kejutan untuk menarik balik sokongan kepada parti - terutama di kalangan kaum China dan bumiputera Sarawak.

Beberapa pemerhati politik telahpun menegaskan bahawa SUPP berdepan nasib yang sama seperti Persatuan Cina Sarawak (SCA) yang telah dibubarkan, yang telah ditutup pada 1974.

Ironiknya, SCA ditutup selepas gagal mendapat sokongan masyarakat Cina kepada SUPP, yang merupakan sebuah parti pembangkang pada masa itu sebelum menyertai Barisan Nasional di bawah inisiatif perpaduan oleh Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1972.

Terdedah

    

"SUPP hampir-hampir seperti SCA pada 1970an selepas parti itu tewas kebanyakan kerusinya dalam pilihan raya negeri pada 2006. Bagaimanapun, tidak seperi MCA atau Gerakan, SUPP masih mampu mengekalkan semua kerusi parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

NONE "Bagaimanapun, kekalahan mereka pada pilihan raya kecil Sibu telah meletakkan semula mereka dalam kedudukan yang mudah terdedah pada bahaya sekali lagi," kata penganalisis politik yang berpangkalan di Sarawak, Jeniri Amir.

SUPP diberikan 19 kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya negeri pada 2006, tetapi hilang 11 kerusi (lapan daripadanya kepada DAP dan masing-masing satu kepada Parti Keadilan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

SUPP tewas di kerusi majoriti kaum Cina seperti Padungan, Batu Lintang, Kota Sentosa, Pending, Batu Kawah (semuanya di Kuching), Bukit Assek (Sibu), Kidurong (Bintulu), Maradong (Bintangor) tetapi masih dapat mengekalkan empat daripada lima kerusi bumiputera - Opar, Bengoh, Tarat dan Simanggang tetapi kerusi Engkilili hilang kepada SNAP.

Bagaimanapun, SUPP masih dapat mengekalkan kerusi bercampur seperti Repok (Sarikei), Bawang Assan, Pelawan, Dudong (Sibu), Senadin, Pujut dan Piasau (Miri).

NONE Tetapi, dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi, para penganalisis berpendapat bahawa kesemua 19 kerusi itu dalam kedudukan bahaya termasuk Piasau yang dikekalkan oleh Presiden mereka Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan kerusi-kerusi "simpanan tetap bumiputera" mereka.

"Asasnya amat tidak stabil sekarang memandangkan rungutan di kalangan anggota kaum Bidayuh dan para pengundi mengenai wakil yang dipilih masih berterusan dan mengenai bagaimana parti melayan mereka. Keadaan tidak menyebelahi kita seperti sebelum ini," kata penganalisis politik di Universiti Monash Prof James Chin.

Chin, anak kelahiran Kuching, yang banyak menulis mengenai SUPP, berkata pembangkang pantas menguasai isu yang tidak dijangkakan seperti pelantikan bekas duta Datuk John Tenewi Nuek sebagai salah seorang naib presiden PKR.

Kerusi Bidayuh

Nampaknya ia merupakan satu langkah strategik bagi menawan kerusi yang majoriti pengundinya adalah Bidayuh yang kini dipegang oleh parti komponen BN.

Nuek, seorang graduan sains politik dari New Zealand merupakan Bidayuh pertama dilantik untuk berkhidmat sebagai duta. Beliau berkhidmat 32 tahun dalam perkhidmatan luar negara sebelum bersara pada 2004 dengan jawatan terakhir sebagai duta ke Myanmar.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2 Sementara para anggota SUPP boleh dijangka kekal setia kepada parti selepas  konvensyennya di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan tetamu jemputan, soalan paling asas yang diajukan adalah bagaimana para anggota dapat mengenepikan perbezaan mereka dan bersatu sebagai satu pasukan bagi memulihkan kawasan yang tewas?

Parti itu masih terlibat dengan masalah yang telah menjejaskan usahanya untuk menawan semula kerusi dewan undangan negeri (DUN) Padungan dan Meradong, antara lain, daripada pembangkang.

Padungan dipegang Domique Ng dari PKR manakala Ting Tze Hui dari DAP di Meradong.

Menurut sumber parti, masalah itu semakin buruk menyebabkan pimpinan setakat hari ini masih gagal menamakan calon-calonnya bagi dua kawasan pilihan raya dan begitu juga dengan kerusi Dudong yang bermasalah.

Bagi kerusi Padungan, para anggota SUPP cawangan Kuching telah menamakan pemimpinnya Lily Yong sebagai calon, tetapi pucuk pimpinan parti telah menolak cadangan itu kerana khuatir kemungkinan disabotaj oleh kumpulan lain.

Masalah dalaman

Anggota dalam parti berkata pucuk pimpinan bimbang bahawa kumpulan ini mungkin membalas dendam ke atas Yong seperti yang dilakukan pada pilihan raya  2006 selepas Yong didakwa berkempen menentang pemimpin kumpulan itu, Wee Hong Seng, dalam pilihan raya Parlimen pada 2004.

sibu by election chinese crowd in dap forum "Timbul cakap-cakap bahawa Datuk Bandar Kuching James Chan mungkin menjadi calon tetapi majoriti anggota SUPP di Kuching membantah," kata seorang pemimpin SUPP dari Kuching yang enggan dinamakan.

Chan sendiri mengakui bahawa parti itu menghadapi "beberapa masalah" dalam menamakan calon-calonnya memandangkan ada beberapa yang berpotensi manakala ada yang tidak berminat.

Bagi Meradong, SUPP mempunyai masalah lebih memeningkan memandangkan cawangan itu masih digantung akibat masalah manakala isu berhubung penubuhan cawangan Dudong tidak dapat diselesaikan.

    

siby by-election nomination day 080510 bn supp flag frontimage DUN Dudang dipegang oleh Soon Choon Teck dari SUPP, tetapi dalam pilihan raya negeri nanti, parti itu mungkin menggantikan Soon, yang kini berdepan tentangan dalam parti sejak empat tahun berhubung penubuhan cawangan.

Soon mahu mewujudkan satu cawangan Dudong yang ditentang pengerusi cawangan Sibu Wong Soon Koh.

Selain Dudong, beberapa anggota SUPP juga tidak senang berhubung keputusan parti menerima anggota dewan undangan negeri Engkilili Dr Johnical Rayong, yang memenangi kerusi itu di bawah bendera SNAP dan kemudian menarik diri untuk menjadi wakil Bebas, sebelum diterima dalam SUPP.

Oleh itu, adalah tidak mengejutkan setakat ini bahawa SUPP masih tidak dapat memuktamadkan senarai calon-calonnya bagi kerusi-kerusi itu tetapi Chan percaya semua itu dapat diselesaikan selepas konvensyen.

supp and sarawak state election "Saya tidak kata ia dapat selesai sepenuhnya kerana sebagai sebuah parti politik, masalah seperti itu tetap berlaku. Bagaimanapun, saya percaya macam manapun kita dapat kurangkannya. Sesetengah anggota telahpun mengenepikan perbezaan mereka demi kepentingan parti," katanya.

Beliau berkata berikutan kekalahan parti dalam pilihan raya kecil Sibu tahun lalu, para pemimpin dan anggota parti nampaknya mengenepikan isu penubuhan cawangan Dudong dan memfokuskan semua tenaga mereka untuk berkhidmat kepada orang ramai.

- Bernama