Komuniti Sikh kini gusar dengan keselamatan anak-anak mereka yang menghadiri Program Latihan Khidmat Negara selepas seorang remaja lelaki semalam mendakwa rambutnya dikacip semasa tidur di sebuah kem latihan di Pulau Pinang.

Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh, berkata ibu bapa kini mahu jaminan daripada pihak berkuasa berhubung keselamatan anak-anak mereka.

"Terdapat banyak SMS yang dihantar meminta ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak mereka ke kem latihan sehingga keselamatan dijamin,” katanya dalam satu kenyataan.

NONE Jagir mengulas sidang akhbar yang dibuat oleh ibu bapa seorang pelatih di Ipoh, semalam yang mendakwa rambut anaknya itu dipotong ketika beliau sedang tidur.

Siasatan ke kem Seri Impian di Sungai Bakap gagal menjumpai sebarang bukti. Jabatan Pusat Latihan Khidmat Negara di Putrajaya telah mengambil alih siasatan berkenaan.

Jagir mendesak pihak berkuasa supaya memandang berat kejadian itu dan menjalankan siasatan terperinci dan berkata memotong rambut tanpa kerelaaan seseorang boleh dianggap sebagai satu bentuk serangan mengikut Kanun Kesiksaan.

[Baca berita penuh]