Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tentukan tarikh rayuan UKM4 kemudian...
Diterbitkan:  Jan 26, 2011 1:22 PM
Dikemaskini: 10:27 AM

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan empat siswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya April lalu - untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak saman pemula mereka sebelum ini.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Low Hop Bing bagaimanapun akan menetapkan tarikh untuk rayuan itu didengar kemudian.

ukm 4 challenge auku uuca 280910 banners "Tariknya belum ditentukan. Sejujurkan tidak banyak yang berlaku hari ini. Apa-apa nanti kami akan maklumkan kepada pihak media," kata peguam Jenine Gill yang mewakili semua pelajar itu.

Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha, dan Wong King Chai sebelum ini mencabar tindakan UKM yang mendakwa mereka bawah Akta Universiti dan Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dengan menghalang mereka daripada terlibat dalam aktiviti politik.

Pada 28 September lalu, selain menolak saman pemula mahasiswa berkenaan, mahkamah juga membatalkan perintah injuksi yang menghalang UKM daripada mengambil tindakan terhadap mereka.

ukm 4 challenge auku uuca 280910 muhammad hilman idham Bagaimanapun, hakim membenarkan peguam yang bertindak bagi keempat-empat mahasiswa itu injuksi Erinford bagi menangguhkan keputusan itu supaya dikemukakan rayuan.

Mereka sebelum ini didakwa oleh jawatankuasa tatatertib universiti bawah Seksyen 15(5)(a) AUKU selepas ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah dan didakwa menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Sementara itu, keadaan hari ini di Putrajaya tenang apabila keempat pelajar tersebut tidak membawa penyokong seperti kebiasaannya.

"Kami tak bawa ramai penyokong kerana hari ini hanya hendak mendengar tarikh sahaja," kata Hilman yang Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) ketika dihubungi Malaysiakini.

ADS