Pulau Batu Putih milik kita: pensyarah UKM
Walaupun Malaysia bersetuju menyelesaikan pertikaian Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, tetapi dari sudut sejarah pulau itu jelas miliknya kerana ianya sebahagian daripada Johor, kata Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Kerajaan Johor tidak pernah menyerahkan pulau itu kepada mana-mana kuasa asing, termasuk Singapura," kata beliau yang juga pengerusi Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.
Malah, katanya, Sultan Johor dihalang oleh perlembagaan negeri daripada menyerahkan mana-mana bahagian jajahan kepada mana-mana kuasa.
Walaupun Malaysia bersetuju menyelesaikan pertikaian Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, tetapi dari sudut sejarah pulau itu jelas miliknya kerana ianya sebahagian daripada Johor, kata Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Kerajaan Johor tidak pernah menyerahkan pulau itu kepada mana-mana kuasa asing, termasuk Singapura," kata beliau yang juga pengerusi Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.
Malah, katanya, Sultan Johor dihalang oleh perlembagaan negeri daripada menyerahkan mana-mana bahagian jajahan kepada mana-mana kuasa.
Pada tahun 1844, pihak Kompeni Hindia Timur Inggeris hanya dibenarkan mendiri dan menguruskan rumah api di pulau tersebut, jelasnya lagi.
"Tindakan Singapura mendakwa Pulau Batu Putih itu miliknya atas dasar pentadbiran tidak mempunyai asas yang kukuh kerana pulau itu bukan miliknya," katanya.
Prof Dr Nik Anuar menegaskan demikian ketika membentang kertas kerja bertajuk 'Status Pulau Putih dari Sudut Sejarah: Pandangan Awal" di Seminar Mempertahankan Maruah dan Kedaulatan Negara anjuran Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara di Bangi hari ini.
Menurut beliau lagi, hak Singapura hanyalah di atas rumah api yang diklasifikasikan di bawah Perjanjian Pemisahan pada tahun 1965.
Kuasa Temenggong
Bagaimanapun, katanya Malaysia bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague demi keselamatan dan kestabilan serantau.
Menurut beliau, bukti-bukti sejarah yang ada setakat ini menunjukkan bahawa Pulau Batu Putih adalah antara beratus buah pulau yang terletak di bawah "takhta Kerajaan Johor dan Pahang di dalam Riau serta segala daerah takluknya".
"Pada tahun 1800, kerajaan Johor-Riau diperintah oleh Sultan Mahmud Syah yang bersemayam di Riau. Baginda dibantu oleh beberapa orang pembesarnya untuk menguruskan pemerintahan. Salah seorang pembesarnya ialah Temenggong. Pada ketika itu Temenggong Johor disandng oleh Daeng Abdul Rahman," tegasnya.
Menurut Prof Dr Nik Anuar lagi, Residen Singapura ketika itu, J Crawfurd menganggap Temenggong bukan menjalankan kuasa sebagai sebuah kerajaan, tetapi juga merupakan pemilik kepulauan terbabit.
"Jajahan pegangan Temenggong meliputi tanah besar Johor dan sebahagian besar kepulauan Riau. Batu Putih adalah antara beberapa puluh pulau yang berada di bawah nauangannya. Dalam lain perkataan, Pulau Batu Putih bukanlah pulau yang tidak bertuan," tambah beliau.
Apabila Tengku Abdul Rahman menaiki takhta pada tahun 1811, kedudukan dan pegangan Temenggong Abdul Rahman ke atas jajahannya tidak terjejas.
Perjanjian
"Malahan beliau berkuasa memeteraikan perjanjian dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris pada tahun 1819 yang membolehkan syarikat itu membuka loji di pulau Singapura," katanya.
Menurut Prof Dr Nik Anuar, apabila Tengku Husin Shah ditabal sebagai sultan Johor pada 1819, perlantikannya diiktiraf oleh Perjanjian Inggeris-Belanda di London yang dimeterai pada 17 Mac 1824.
Melalui perjanjian yang sama, katanya, Temenggong Abdul Rahman diiktiraf sebagai pembesar Johor yang sah.
"Sungguhpun perjanjian itu menyebabkan kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga berpecah kepada dua, Pulau Batu Putih masih kekal di bawah pegangan Temenggong Abdul Rahman," tambahnya.
Dengan pengiktirafan itu, katanya, bermakna Sultan Husin dan Temenggong mempunyai kuasa dan wibawa ke atas jajahan takluknya.
Dengan kuasa itu, tegasnya, Sultan Husin dan Temenggong Abdul Rahman menyerahkan pulau Singapura kepada Kompeni Hindia Timur Inggeris pada 2 Ogos 1824.
Meminta izin
Pada tahun 1836, atas rayuan pemilik-pemilik kapal supaya dibina rumah api di Pulau Batu Putih, Gabenor Negeri-Negeri Selat telah mengutuskan surat kepada Sultan Ali, sultan Johor ketika itu, dan Dato Temenggong Ibrahim, meminta izin untuk berbuat demikian kerana pulau itu terletak dalam jajahan Johor.
Sultan Ali dan Temenggong Ibrahim memberi keizinan tetapi surat mereka adalah jelas bahawa kerajaan Johor hanya membenarkan kompeni mendiri rumah api, tetapi tidak menyerahkan pulau itu kepada kompeni.
Rumah api itu siap dibina pada 27 Sept 1851 dan diberi nama 'The Horsburgh Lighthouse'.
"Dalam inskripsi yang dipahat di dinding bilik pelawat ditingkat enam rumah api itu, tiada satupun ungkapan yang memberi maksud pulau itu telah diserahkan kepada kompeni. Dalam inskripsi itu hanya dinyatakan tujuan didirikan rumah api di Pulau Batu Putih dan oleh siapa," jelas Prof Dr Nik Anuar.
Katanya, sumber-sumber semasa juga mengesahkan Pulau Batu Putih milik Johor seperti dalam tulisan JT Thompson Account of the Horsburgh Lighthouse hanya menceritakan sejarah pembinaan rumah api itu, dan tidak diberi sebarang tanda bahawa pulau itu telah menjadi milik kompeni.
"Peraturan Rumah Api Horsburgh juga mengesahkan kompeni hanya berhak ke atas rumah api sahaja. Dalam peraturan tersebut, kaum orang laut tidak dibenarkan memasuki rumah api dan bukan menghampiri pulau itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.