Ahli Umno menanti amanat penting Dr Mahathir
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dijangka menggariskan strategi penting, dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden Umno dalam perhimpunan agung parti itu minggu depan, untuk memastikan Umno terus menjadi parti politik terbesar orang Melayu dan komponen utama Barisan Nasional (BN).
"Sebagai persidangan akhir baginya, sudah tentu ucapan dasar beliau akan menumpukan kepada pencapaian parti selama ini serta apa yang patut dilakukan bagi memastikan kesinambungan Umno selepas ini," kata naib presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini.
Perhimpunan agung Umno dijangka berlangsung di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur mulai Selasa. Ia akan dimulakan dengan perhimpunan Pemuda dan Wanita Umno, dan seterusnya perhimpunan agung Umno sehingga hujung minggu.
Perhimpunan tahun ini juga sepatutnya menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan Umno bagi sesi 2003, tetapi Majlis Tertinggi Umno telah mengambil keputusan untuk menangguhkannya sehingga selepas pilihanraya umum akan datang.

"Oleh itu, ianya sepatutnya menjadi perhimpunan biasa...tetapi kini menjadi luarbiasa kerana ia adalah perhimpunan kali terakhir untuk Dr Mahathir sebagai presiden Umno. Sudah tentu ada perkara yang mahu disampaikan kepada perhimpunan agung itu nanti," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Dr Mahathir dijadualkan melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno Oktober ini kepada timbalannya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas lebih 21 memimpin Umno dan kerajaan.
Sokongan padu
Di samping itu, para perwakilan dan pemimpin Umno di perhimpunan itu juga dijangka akan mengesahkan sokongan padu mereka kepada Abdullah selaku pengganti Dr Mahathir nanti.
Abdullah merupakan timbalan Dr Mahathir yang keempat selepas Tan Sri Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Musa telah meletakkan jawatan manakala Ghafar pula tewas kepada Anwar untuk jawatan timbalan presiden Umno.
Anwar pula dipecat dari Umno dan kerajaan dan kemudiannya didakwa di mahkamah dan didapati bersalah bagi kesalahan salahguna kuasa dan meliwat.
Mengulas lanjut mengenai perhimpunan itu, Muhammad berkata, Umno perlu terus kukuh bagi membela nasib orang Melayu dalam menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran.
Katanya, Umno bertanggungjawab untuk membawa perubahan-perubahan penting bagi memastikan orang Melayu berdaya saing bagi berdepan dengan bangsa-bangsa lain, bukan sahaja di dalam negeri, tetapi juga di peringkat antarabangsa.
"Umno telah membuktikan bahawa ianya sebuah parti yang progresif yang mahukan orang Melayu supaya dapat bersaing dengan kaum lain. Jadi kita tumpukan kepada soal bagaimana hendak menyediakan orang Melayu untuk tujuan itu.
Progresif
"Masa yang cukup panjang sudah diberikan...sistem kuota sehingga pelajar kita terlampau bergantung kepadanya...jadi mesti perkenalkan perubahan supaya mereka ada peningkatan agar boleh bersaing dengan orang bangsa lain di semua peringkat," tambahnya.
Supaya mampu bersaing, katanya, bangsa Melayu perlu belajar menguasai bahasa Inggeris, termasuk dalam pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa berkenaan.
"Selain belajar fardu ain, kita juga mahukan anak Melayu mahir dalam pelbagai bidang seperti menjadi doktor, jurutera, saintis, juruterbang dan sebagainya," tambahnya.
Mengenai isu sekolah agama rakyat (SAR), Muhammad berkata, PAS cuba memputarbelitkan isu tersebut demi kepentingan politik parti berkenaan, sedangkan pelajaran agama Islam juga diajar di sekolah kebangsaan..
"Pada zaman Nabi Muhammad dulu pun ada saintis, jurutera, ahli pelayaran dan sebagainya. Umat Islam ketika itu juga pandai berniaga...jadi saya rasa PAS mahu mengelabukan mata rakyat dengan slogan keislamannya, walhal Umnolah yang sebenarnya memperjuang untuk meningkat syariat Islam di negara ini," tambahnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.