Kerajaan bertindak demi kesejahteraan rakyat: Muhd Taib
Naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib kesal dengan sikap segelintir pihak yang sering menganggap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan tidak betul, termasuklah keputusan kerajaan baru-baru ini untuk membebaskan empat aktivis reformasi daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Apa yang kita buat tak betulkalau bebaskan sekarang ke atau kalau bebaskan dahulu dulumereka tetap menganggap kerajaan tidak betul," katanya kepada
malaysiakini
.
Sepatutnya, tegas beliau, orang ramai juga melihat isu itu daripada perspektif yang positif demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat pelbagai di negara ini.

"Tidak bolehlah mereka terus menerus menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal apa yang dilakukan itu sebenarnya adalah demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat," tegas Muhammad Taib ketika diminta mengulas pembebasan empat tahanan ISA baru-baru ini.
Pada 1 Jun lalu, empat tahanan ISA, termasuk tiga pemimpin Keadilan Mohd Ezam Mohd Nor (ketua pemuda), Tian Chua (naib ketua), Saari Sungib (ahli majlis tertinggi), dan penulis
malaysiakini
, Hishamuddin Rais -
dibebaskan
selepas tamat perintah tahanan dua tahun ke atas mereka.
Manakala dua lagi tahanan ISA juga juga pemimpin Keadilan, Badrulamin Bahron dan Lokman Adam, dijangka turut dibebaskan apabila perintah tahanan ke atas mereka tamat pada 12 Jun depan.
Keselamatan
Keenam-enam mereka ditahan ada tahun 2001 kerana dituduh merancang untuk menjatuhkan kerajaan secara militan. Mereka bagaimanapun, menafikan dakwaan itu.
Hari ini, Mohd Ezam yang sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) di Penjara Kajang, dibenarkan ikatjamin sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sementara menunggu rayuannya terhadap sabit kesalahan dan hukuman tersebut.
Menurut Muhd Taib, kerajaan perlu bertindak terhadap mereka yang membawa kemudaratan kepada negara mengikut peruntukan undang-undang negara ini, termasuk di bawah ISA.
"Bila masanya sesuai untuk dibebaskan, maka mereka akan dibebaskan.ia bukan berlaku di negara ini sahaja tetapi juga di negara-negara lain, termasuk di Amerika Syarikat," tambahnya.
Mengikut beliau lagi, kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang demi untuk menjaga keselamatan negara dan keharmonian hidup rakyatnya.
"Jika tidak, sesiapa sahaja dengan sesuka hatinya meletup bomdan kegiatan agresif beginilah yang sebenarnya hendak kita bendung.
"Kerana itulah negara ini sentiasa amat dan selamat, kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk menghalang kegiatan merbahaya yang boleh mengancam keselamatan negara,' tambahnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.