Timbalan Pak Lah - Naib presiden diingat kotai janji mereka
Ketiga-tiga naib presiden Umno diingatkan supaya mengotakan janji mereka yang tidak akan mencabar siapa juga calon yang akan dipilih oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai timbalannya.
Ketika mengingatkan demikian, Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, berkata ribuan perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini menjadi saksi terhadap janji-janji mereka.
Sebelum ini, Abdullah berkata, Majlis Tertinggi Umno, termasuk ketiga-tiga naib presiden Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tan Sri Muhamad Muhd Taib telah bersetuju menyerahkan kepada beliau untuk memilih timbalannya.

Ketiga-tiganya dilaporkan berkata mereka akan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik oleh Abdullah sebagai timbalannya selepas mengambil alih kuasa dari Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad Oktober depan.
"Sekiranya mereka menentang calon timbalan pilihan Abdullah, bermakna mereka telah berbohong kepada perwakilan dan ahli Umno," katanya ketika berucap membahaskan usul menyokong ucapan perasmian presiden di perhimpunan agung Umno pagi ini.
Katanya, sekiranya mereka berpegang kepada janji masing-masing, ia bermakna Abdullah akan mewarisi Umno yang bersatu padu.
Kerusi pembangkang
Malah, katanya, bekas timbalan presiden Umno, Datuk Musa Hitam (
kiri
) dan Ahli Majlis Teringgi Umno, Tengku Razaleigh Hamzah pun berkata mereka juga tidak akan bertanding menentang Abdullah atau timbalannya.
"Pak Lah juga akan mengambil alih Umno daripada Dr Mahathir dengan selesa," tambahnya diikuti tepukan gemuruh para perwakilan.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Mohd Ali Rustam yang turut membahaskan usul tersebut pula berkata ahli-ahli hendaklah bekerja kuat untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang sebagai "hadiah istimewa" kepada Dr Mahathir.
Menurut perkiraannya, daripada kira-kira 10 juta pengundi, 6 juta daripadanya adalah orang Melayu di mana lebih tiga juta daripadanya adalah ahli Umno.
"Selain itu, Umno mempunyai 19,034 cawangan dengan sejumlah 1.14 juta ahli jawatankuasa (AJK). Sekiranya setiap seorang AJK berusaha menarik tiga orang pengundi, maka BN tidak menghadapi masalah untuk menang lagi," tambahnya.
Katanya, jika ini dapat dilakukan maka BN akan mampu merampas semula kerusi-kerusi pembangkang, di samping mengekalkan kerusi yang dimenangi BN dalam pilihanraya umum lalu.