Misteri kumpulan jaket hitam di perhimpunan Umno
Kehadiran sekumpulan lebih 50 pemuda berjaket hitam di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno telah menimbulkan tandatanya di kalangan perwakilan dan juga pemimpin Umno sendiri.
Kumpulan itu mula kelihatan pada malam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan serentak perhimpunan tahunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Selasa lalu.
Mereka berkeliaran di PWTC dengan berlagak seolah-olah menjadi pengawal keselamatan kepada para pemimpin Umno yang menghadiri persidangan berkenaan.

Kehadiran menimbulkan rasa tidak senang di kalangan hadirin kerana mereka seolah-olah ditugaskan mengawal keselamatan perhimpunan itu, tetapi yang peliknya mereka seperti tidak kenal sesetengah pemimpin Umno di situ.
Tak kenal pemimpin
Seorang ahli Pemuda Umno dari Wilayah Persekutuan memberitahu malaysiakini , beliau telah berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak ibupejabat Umno tetapi diberitahu mereka tidak ada kena mengena dengan kumpulan tersebut.
"Yang anehnya mereka ini, bukan sahaja kelihatan seperti 'bouncer" tetapi mereka juga tidak kenal pemimpin Umno yang menghadiri perhimpunan kali ini," tambahnya.
Katanya, pihak pergerakan Pemuda Umno juga tidak mengetahuinya walaupun kumpulan itu memakai jaket hitam yang bertulis Pemuda Umno Malaysia di bahagian belakangnya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Pemuda Umno Selangor menjelaskan hari ini bahawa ia tidak terbabit dengan kewujudan sekumpulan pemuda berjaket hitam itu di PWTC.
'Bukan pasukan kami'
Dalam satu kenyataan, ketuanya Datuk Mohd Nawawi Mohamed Zin kesal kerana pergerakan itu dikaitkan dengan kumpulan berkenaan berikutan tindak-tanduk anggotanya yang dikatakan tidak disenangi pemimpin dan anggota parti.
"Pemuda Umno Selangor tidak tahu menahu siapa yang memberikan arahan untuk mereka bertugas dalam pakaian seragam berjaket serba hitam," katanya.
Mohd Nawawi berkata perkara itu boleh menjejaskan imej Pemuda, terutamanya Pemuda Umno Selangor.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.