Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,226 ahli PKR keluar parti
Diterbitkan:  Apr 2, 2011 9:13 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

Seramai 3,226 anggota PKR Pulau Pinang yang majoritinya terdiri daripada masyarakat India hari mengisytiharkan keluar parti berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan pucuk pimpinan parti.

Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang M Nyanasegaran menyerahkan borang keluar parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (Pisa) di Georgetown, hari ini.

Nyanasegaran yang juga Naib Pengerusi PKR cabang Bayan Baru dalam ucapannya berkata kesemua mereka yang keluar parti itu terdiri daripada anggota PKR kawasan Bayan Baru, Batu Maung, Permatang Damar Laut, Sungai Ara, Bukit Jambul, Sungai Nibong, Sungai Dua, Bayan Lepas, Air Itam, Paya Terubong, Farlim, Relau, Tanjong, Weld Quay, Gelugor, Jelutong, Penanti, Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Permatang Pauh dan Perai.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kumpulan itu, Perdana Menteri dalam ucapannya berkata rakyat Malaysia telah cerdik dan terpelajar serta tidak mudah ditipu.

"Mereka mungkin boleh ditipu sekali, dua kali tetapi bukan selama-lamanya. Sebab itulah PKR digelar parti keluar beramai-ramai," katanya.

Najib berkata berdasarkan pilihan raya kecil yang dimenangi BN sebelum ini, menunjukkan kaum India telah kembali menyokong BN.

"Saya harap kaum India di Pulau Pinang ikut trend nasional dan kembali ke pangkuan BN," katanya.

Terdahulu, ahli parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata akan berlaku transformasi politik di Pulau Pinang kerana rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

- Bernama

ADS