Usaha satukan orang Melayu sedang berjalan: Abim
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yakin memang wujud peluang dalam usaha ke arah mewujudkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Ditanya mengenai khabar-khabar angin bahawa adanya rundingan di antara pemimpin dua buah parti utama Melayu, presiden Abim, Ahmad Azam Abdul Rahman berkata: "Mengapa tidak, jika matlamatnya ke arah perpaduan ummah!"
Bila ditanya apakah Abim turut terbabit dalam usaha rundingan itu, beliau berkata: "Ia tidak perlu dihebohkan. Yang penting semua peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat itu."

Contohnya, kata beliau, syarahan perdana yang diadakan pada 8 Mei tahun lalu, yang membabitkan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor, membuktikan bahawa pemimpin Melayu, boleh dududk semeja walaupun berbeza ideologi.
Menurut Azam, ianya merupakan hasil daripada usaha-usaha pihak-pihak terbabit yang mahu melihat orang Melayu/Islam bersatu tanpa mengira perbezaan politik mereka.
Ditanya apakah pembebasan ISA enam baru-baru ini juga hasil daripada rundingan-rundingan tersebut, Azam said: "Saya tidak menolak atau mengiyakan kemungkinan itu."
Usaha murni
"Yang pentingnya, jangan letak kepentingan parti melebih kepentingan ummat...parti boleh mati, tetapi ummat mesti unggul...kalau parti mati, umat tetap ada...kalau umat ada, parti masih ada...," tegasnya kepada malaysiakini .
"Biarlah usaha murni itu berjalan...kita tidak perlu meletakkan sasarannya kerana ianya membabitkan hati orang...hari ini dia setuju, mungkin besok tidak.
"Kita mesti faham bahawa politik itu ada hadnya, dan perlu sehingga mengakibatkan kehancuran bangsa kita sendiri," tambah Azam.
Azam berkata, setahu beliau, masing-masing pihak ada kesediaan untuk duduk semeja bagi membincangkan soal perpaduan ummah.
"Namun begitu, ada yang masih mendahulukan kepentingan individu dan parti, melebihi kepentingan ummah. Itulah halangannya...tetapi kesediaan tetap ada..," tambahnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.