Penyokong: Belum masa Hishamuddin tanding naib presiden
Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Hussein Onn mungkin terpaksa menimbang semula hasratnya untuk bertanding jawatan naib presiden kerana penyokongnya kurang yakin beliau mempunyai peluang untuk memenangi kerusi tersebut.
Malaysiakini
difahamkan yang sebahagian besar penyokong kuat Hishamuddin berpendapat peluang beliau agak tipis kerana Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman juga dikatakan akan turut bertanding merebut jawatan tersebut.

Pada masa ini, salah seorang naib presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah dari Johor. Sekiranya Abdul Ghani dan Hishamuddin, yang juga berasal dari negeri tersebut, turut bertanding, bermakna perwakilan, khususnya dari Johor, terpaksa memilih antara mereka bertiga.
"Lebih bijak bagi Hishamuddin terus kekal sebagai ketua pemuda, kerana dengan memegang jawatan itu, beliau secara automatik menjadi naib presiden parti," kata sumber Umno.
Walaupun diandaikan Muhyiddin dilantik sebagai timbalan Abdullah Ahmad Badawi, peluang masih berpihak kepada Abdul Ghani, tegasnya.
Kehilangan pemimpin
Hishamuddin yang telah menerajui Pemuda Umno sejak tahun 2000 dikatakan berminat untuk membaiki kedudukannya dalam hiraki parti dengan bertanding jawatan naib presiden.
"Kemungkinan beliau mahu mengikut jejak sepupunya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melepaskan jawatan ketua pemuda Umno untuk bertanding dan menang jawatan naib presiden pada 1993," kata seorang penyokong kuat Hishamuddin dari Wilayah Persekutuan.
"Bagaimanapun, Najib agak bernasib baik kerana beliau bertanding sebagai sebahagian daripada 'Pasukan Wawawan' pimpinan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya.
Bagaimanapun, menurutnya, suasana politik masakini, tidak menyebelahi Hishamuddin seandainya beliau masih mahu bertanding jawatan naib presiden.
"Kami merasakan masanya belum sesuai bagi beliau (Hishamuddin) untuk bertanding merebut jawatan tersebut. Kalau beliau kalah, bermakna Pemuda Umno akan kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa," tambahnya.
Untuk mengetahui lebih tentang peralihan kuasa dalam Umno, baca Analysis Malaysia .

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.