MPRC ditugas tarik RM320j pelaburan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC), satu unit yang diwujudkan bagi industri minyak dan gas, dipertanggungjawabkan untuk menarik pelaburan bernilai RM320 juta pada 2011.
Selain mewujudkan persekitaran kondusif bagi industri kinyak dan gas di Malaysia, Perdana Menteri berkata unit itu akan turut mengkaji untuk menarik pelaburan dan menggalakkan sektor itu di dalam negara dan di seberang laut.
Beliau berkata demikian pada Update 5 Program Transformasi Ekonomi.
Unit itu akan turut bertanggung jawab dan membuat cadangan yang perlu mengenai dasar, kawal atur perniagaan dan insentif fiskal bagi memastikan pertumbuhan industri minyak dan gas diwujudkan di Malaysia.
Langkah mewujudkan MPRC adalah sejajar dengan aspirasi menjadikan Malaysia hab utama Asia bagi syarikat minyak dan gas menjelang 2017.
Ketua Pegawai Ekekutif sementara MPRC ialah Dr Shahreen Madros.
Cadangan bagi mewujudkan MPRC dibuat oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan ia akan ditempatkan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
- Bernama

