Umno dakwa PAS berusaha selamatkan pemimpinnya di Kedah
PAS Kedah yakin mampu memenangi sekurang-kurangnya enam lagi kerusi sebagai tambahan kepada 13 kerusi pembangkang sekarang untuk menawan negeri itu dengan majoriti mudah dalam pilihanraya umum akan datang, kata pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Azizan Abdul Razak.
PAS mempunyai 12 kerusi negeri, Keadilan (1) manakala baki baki 23 kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN). PAS turut memenangi 8 Parlimen dalam pilihanraya umum lalu, tetapi tewas kerusi Parlimen Pendang dalam pilihanraya kecil tahun lalu.
Kedah tidak mendapat tambahan kerusi negeri dan Parlimen dalam proses persempadanan semula kawasan pilihanraya yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru-baru ini. Oleh itu, kerusi negeri dan Parlimen di Kedah, masing-masing kekal pada 36 dan 15 kerusi.

Keyakinan PAS itu diperkuatkan lagi dengan tinjauan dan penilaian yang dibuat oleh sumber-sumber Umno negeri yang mendapati 10 daripada 13 kerusi yang dimenangi PAS, memang sukar untuk ditawan semula.
Antara kawasan terbabit, katanya ialah Bukit Raya di mana calon PAS menang majoriti 5,184 undi, Sala (majoriti 2,530 undi), Kupang (majoriti 3,043 undi) dan Langgar (majoriti 2,799 undi)
"Kesemua 12 kerusi PAS terletak dalam kawasan Parlimen PAS yang juga merupakan kubu kuat parti itu. Tetapi BN mungkin mampu merampas semula empat daripada tujuh kerusi Parlimen yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum lalu," tambah sumber sumber tersebut.
Berpindah kawasan
Menurut sumber-sumber ini, tafsiran ini berdasarkan kepada maklumat yang diterima pihaknya bahawa PAS sedang berusaha untuk menyelamatkan empat ahli Parlimennya - Mohamad Sabu (Kuala Kedah), Mahfuz Omar (Pokok Sena)(
kanan
), Nasharuddin Mat Isa (Yan)(
kiri
) dan Azamuddin Taib (Baling).
"Kami difahamkan yang Mohamad Sabu akan berpindah dari Pendang, Mahfuz pula dijangka bertanding di Padang Terap, Nasharuddin berpindah ke Jerlun manakala Azamuddin pula bertanding di Sik.
"Ini kerana tiada persempadanan semula dilakukan dalam kawasan Parlimen berkenaan, dan oleh itu, PAS yakin, sokongan untuk parti itu tidak terjejas. Walaupun PAS tewas di Pendang, parti itu yakin boleh menang semula dalam pilihanraya umum akan datang," tambahnya.
Menurut sumber-sumber itu lagi, walaupun Kedah tidak mendapat tambahan kerusi, tetapi persempadan semula dilakukan dalam kawasan Parlimen sedia ada, sepertimana memasukkan kawasan baru dan sebagainya.
Bagaimanapun, tambah sumber tersebut, berdasarkan penilaian pihaknya, BN mampu mempertahankan Kedah dalam pilihanraya akan datang.
Pengundi baru
"Bagi kami, BN boleh menang dengan majoriti mudah, tetapi terlalu awal untuk mengatakan sama ada ianya mendapat semula majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri," tambahnya.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Ustaz Azizan berkata strategi parti, terutama dalam menghadapi pilihanraya umum tidak seharusnya dibincang secara terbuka.
Bagaimanapun, katanya, pihak pembangkang terpaksa membuat penyesuaian berikutan persempadanan semula dalam kawasan Parlimen yang sedia ada, seperti kemasukan kawasan dan pengundi baru.
Namun begitu, katanya, kemungkinan besar jumlah pengundi baru itu akan menyokong parti pembangkang, khususnya PAS dalam usahanya menawan Kedah dalam pilihanraya umum nanti.
"Berdasarkan atas kertas, Umno Kedah yakin memang, tetapi berdasarkan sokongan di peringkat akar umbi, PAS yakin mampu menang cukup kerusi untuk menawan Kedah," tambahnya ( gambar ).

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.