Sikap tidak memihak Hisham boleh timbul salahfaham
Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Hussein Onn tidak boleh terus mengamalkan sikap "tidak memihak" dalam isu-isu penting parti, kerana ia boleh ditafsirkan sebagai satu "kelemahan" yang boleh menjejaskan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin.
"Sebagai contoh, dalam soal pemilihan calon timbalan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Hishamuddin juga dilihat bersikap 'tidak memihak'. Ia juga dianggap mencerminkan pendirian pergerakan pimpinannya," kata sumber yang rapat dengan Umno.
Sikap ini, tambahnya, bukan sahaja merungsingkan para penyokong naib presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan timbalan, tetapi juga para penyokong Pak Lah sendiri.

"Bagi kami, tidak salah bagi Datuk Hishamuddin bersifat sedemikian, tetapi dalam keadaan sekarang, ianya dilihat sebagai satu kelemahan. Oleh itu, kami rasa beliau perlu memikirkan secara serius perkara ini," tegasnya lagi.
Kerana itulah juga, katanya, timbulnya isu bahawa jawatan ketua Pemuda akan dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang, dan ia mungkin ada kaitan dengan sikapnya itu.
"Mungkin ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk menguatkan lagi kedudukan mereka dalam parti, khususnya selepas Pak Lah mengambil alih kuasa dari Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selepas Oktober depan.
Buat perubahan
"Sikap Hishamuddin itu mungkin telah disalahfaham oleh sesetengah pihak, termasuk dari kalangan dalam pergerakan Pemuda sendiri serta ahli-ahli di peringkat akar umbi," tambahnya.
Oleh itu, sumber berkenaan berharap Hishamuddin akan mengambil serius perkara itu serta menimbang untuk membuat perubahan-perubahan sepatutnya ke arah mengukuhkan lagi kepimpinan dalam pergerakan Pemuda Umno.
"Mungkin tiada siapa yang menyangka akan timbul soal pertandingan bagi jawatan ketua Pemuda. Tetapi ianya kini menjadi berita panas, dan sudah menjadi buah mulut orang ramai," tambahnya.
Sejak kebelakangan ini, telah timbul spekulasi mengenai kemungkinan Hishamuddin dicabar bagi jawatan ketua Pemuda sekiranya beliau tidak jadi bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti yang akan datang.
Turut dilaporkan bahawa cabaran itu mungkin datangnya daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, yang juga merupakan pengerusi biro agama Pemuda Umno.
Bagaimanapun, difahamkan, Dr Mohd Khir hanya berhasrat untuk merebut jawatan sekiranya berlaku kekosongan seandainya Hishamuddin bertanding jawatan naib presiden.
Bagaimanapun, khabar angin mengenai kemungkinan Dr Mohd Khir bertanding jawatan itu walaupun Hishamuddin tidak bertanding jawatan naib presiden, bertiup kencang apabila beliau enggan menafi atau mengiyakan pertanyaan wartawan mengenai perkara itu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.