Khir Toyo boleh bantu Hishamuddin tanding jawatan naib presiden
Kerisauan sesetengah pihak mengenai kemungkinan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bertanding jawatan ketua Pemuda Umno menunjukkan Menteri Besar Selangor itu mempunyai sokongan kuat dalam Umno, khususnya dalam pergerakan tersebut.
"Memandangkan Dr Khir juga merupakan ketua perhubungan Umno Selangor, sudah pasti mudah baginya, jika beliau mahu, untuk mengumpul sokongan di peringkat negeri-negeri," tambah sumber-sumber yang rapat dengan parti.
Sekali pandang, katanya, memang ternyata janggal kedudukan Dr Khir dalam Pemuda Umno, yang sekadar menjadi exco dan merangkap pengerusi biro agama pergerakan itu.
Kerisauan sesetengah pihak mengenai kemungkinan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bertanding jawatan ketua Pemuda Umno menunjukkan Menteri Besar Selangor itu mempunyai sokongan kuat dalam Umno, khususnya dalam pergerakan tersebut.
"Memandangkan Dr Khir juga merupakan ketua perhubungan Umno Selangor, sudah pasti mudah baginya, jika beliau mahu, untuk mengumpul sokongan di peringkat negeri-negeri," tambah sumber-sumber yang rapat dengan parti.
Sekali pandang, katanya, memang ternyata janggal kedudukan Dr Khir dalam Pemuda Umno, yang sekadar menjadi exco dan merangkap pengerusi biro agama pergerakan itu.
"Dari segi lojik pun, perlu ada perubahan dalam kedudukan Dr Mohd Khir dalam Pemuda Umno...sama ada beliau melepaskan terus jawatannya dalam pergerakan itu...ataupun menjadi ketuanya," kata sumber-sumber itu.
Beliau percaya, inilah antara punca utama tersebarnya berita mengenai
kemungkinan
Dr Khir bertanding jawatan ketua pemuda, yang kini disandang oleh Datuk Hishamuddin Hussein Onn.
Mengisi kekosongan
"Malah hakikat inipun disedari oleh penyokong Datuk Hisham...mereka perlu menerima kenyataan yang Dr Khir adalah seorang menteri besar dan berpengaruh...," tambahnya.
Kerana itulah, katanya, para penyokong Dr Mohd Khir telah turun ke padang untuk meninjau apakah pula pandangan ahli-ahli di peringkat akar umbi mengenai perkara itu.
"Perkara inilah yang disalahfaham oleh sesetengah pihak yang terus mendakwa penyokong Dr Mohd Khir berkempen untuk bertanding jawatan ketua pemuda," tambahnya.
Selain itu, katanya, sebelum ini telah tersebar berita yang Hishamuddin mahu bertanding jawatan naib presiden.
"Sekiranya itu menjadi kenyataan, bermakna ada kekosongan untuk jawatan ketua pemuda...jadi apa salahnya kalau Dr Khir bertanding...," tambahnya.
Ramai perwakilan
Menurutnya, beliau sedar memang ada sesetengah pihak dalam pergerakan itu yang tidak mahu Hishamuddin bertanding jawatan naib presiden.
"Kerana itu mereka mengesyaki penyokong Dr Khir tidak senang hati, kerana jika Datuk Hishamuddin tidak jadi bertanding naib presiden, maka tertutuplah peluangnya (Dr Khir) untuk memimpin Pemuda Umno.
"Sebenarnya Dr Khir merupakan aset penting kepada Datuk Hishamuddin untuk mengumpulkan sokongan bagi mencerahkan lagi peluangnya memenangi salah satu jawatan naib presiden," tambahnya.
Sebagai seorang ketua perhubungan Umno negeri, katanya, Dr Khir mampu menggunakan kedudukannya bagi mengumpul sokongan untuk Hishamuddin.
"Dengan adanya hasrat beberapa menteri besar untuk bertanding jawatan naib presiden, sudah tentu Dr Khir yang mewakili negeri Selangor yang ramai perwakilan ke perhimpunan agung Umno, akan dapat meraih sokongan untuk Hishamuddin.
Pemimpin berwibawa
"Sekiranya, semua ini dilihat dari perspektif ini, tentu tidak ada pihak yang akan bersifat curiga terhadap Dr Khir," tambahnya,
Bagaimanapun, katanya, Hishamuddin juga mesti berani mengambil risko politik dan tidak berdasarkan perkiraan atas kertas sahaja, jika beliau mahu bertanding jawatan itu.
Ditanya mengenai kemungkinan terlalu ramai calon dari Johor, termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman, yang mungkin menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden, beliau berkata:
"Itu hanyalah congak politik sahaja...selama itu, perwakilan telah membuktikan pilihan mereka tidak berdasar kepada faktor kenegerian semata-mata. Mereka memilih tokoh yang berwibawa ."
"Hishamuddin adalah antara pemimpin Umno yang sangat disenangi...oleh itu, saya menjangka peluangnya untuk menang adalah cerah...beliau mesti yakin dengan pengaruhnya dalam parti..."


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.