Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siswa mahu gegar isu KUIN di muktamar PAS
Diterbitkan:  May 26, 2011 12:19 PM
Dikemaskini: 6:32 AM

Kecewa dengan cara pengendalian isu tindakan tataterbib terhadap enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah, sekumpulan mahasiswa mengugut untuk menggegarkan isu itu dalam muktamar PAS bulan depan.

NONE Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, sekiranya dalam tempoh terdekat kepimpinan PAS masih berdiam, pihaknya akan memastikan ia menjadi antara  isu utama yang dibahaskan.

"Pada waktu itu biar semua ahli PAS dan rakyat Malaysia menilai sama ada PAS benar-benar parti yang memperjuangkan hak dan keadilan ataupun sekadar parti politik yang memperjudikan hak dan keadilan untuk menang dalam pilihan raya," katanya.

Pada 13 Mei lalu, sekumpulan mahasiswa menghantar memorandum kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuntut beliau campurtangan dengan menasihati kerajaan Kedah agar lebih profesional dalam berdepan dengan aktivisme pelajar kolej itu.

Institut pengajian tinggi itu milik kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Memorandum berhubung tindakan pentadbiran KUIN memberi surat tunjuk sebab kepada enam pelajarnya yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.

azlan Dalam kenyataan hari ini, mahasiswa hanya mahukan "suara lantang" kepimpinan tertinggi PAS dalam menasihati kerajaan Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Ahmad Syukri berkata, mereka kecewa kerana walaupun seorang pemimpin Pemuda, termasuk ketuanya  Nasaruddin Hassan menjamin isu itu akan diteliti, enam mahasiswa tersebut tetap menerima hukuman pada 25 mei dan rata-ratanya digantung satu hingga dua semester.

"Tindakan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menghantar Ketua Pemuda juga dilihat tidak mempamerkan keseriusan diperingkat tertinggi PAS terhadap isu ini," katanya.

Menurut Ahmad Syukri lagi, Nasaruddin tidak memiliki autoriti besar untuk bersuara dalam permasalahan yang melibatkan Azizan.

"Ustaz Nasaruddin sebagai ketua Pemuda hanya memiliki autoriti dalam perkara yang melibatkan hal ehwal pemuda, natijahnya kehadiran Ustaz Nasaruddin tidak menyumbang penambahbaikan terhadap isu bahkan gagal menasihatkan KUIN daripada terus bersikap kuku besi terhadap mahasiswa," katanya.

ADS