Surau Jubli Perak: Dr Shafie mahu Jais belajar dari kesilapan
Kekecohan berhubung surau lama Jubli Perak di Bandar Baru Bangi boleh dielakkan, sekiranya pihak berkuasa bersikap lebih peka dengan membina terlebih dahulu bangunan surau baru sebelum meruntuhkan surau lama itu.
Ketika menegaskan demikian, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kajang, Dr Shafie Abu Bakar berkata, setahu beliau keadaan di situ sudah kembali tenang selepas surau baru dibina untuk kegunaan penduduk tempatan.
"Cuma saya fikir yang silapnya sebelum ini ialah dari segi pendekatan dan tindakan yang diambil. Andainya surau baru itu disiap terlebih dahulu, dan baru surau lama diruntuhkan, saya rasa semua masalah ini tidak akan berlaku," katanya kepada malaysiakini .

Oleh itu, beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, berharap kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dapat mengambil iktibar daripada peristiwa itu dalam tindakan penguatkuasaannya pada masa depan.
Ahad lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo telah
menghadiri
majlis bersama penduduk Pangsapuri Jubli Perak dan kawasan sekitarnya.
Berucap di majlis itu, beliau juga mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk membesarkan Surau al-Kausar yang terletak berhampiran pangsapuri itu yang kini digunakan oleh penduduk di situ untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.
Pangsapuri Jubli Perak mendapat perhatian ramai apabila Jais melarang penduduk di situ daripada mengerjakan solat Jumaat di surau lama di situ.
Utamakan rundingan
Pada 1995, Jais telah memberi kebenaran sementara kepada penduduk di situ untuk mengerja solat Jumaat di surau berkenaan sehingga masjid baru di Bandar Baru Bangi siap dibina.
Bagaimanapun, penduduk terbabit terus mengerjakan solat Jumaat di situ sehingga memaksa Jais bertindak meruntuhkan dinding surau tersebut yang terletak di bawah bangunan salah sebuah pangsapuri di situ.
Sebagai gantinya, sebuah surau baru berharga RM200,000 telah dibina di situ dan kini sudah boleh digunakan. Penduduk di situ juga dibenarkan mengerjakan solat Jumaat di Surau al-Kausar.
Mengulas mengenai peruntukan untuk membesarkan Surau al-Kausar, Dr Shafie gembira kerana usaha penduduk di situ sejak tahun lagi untuk membina sebuah masjid di kawasan itu telah mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.
Katanya, ini memandangkan kawasan pangsapuri itu dan penduduk sekitarnya kini berjumlah hampir 7,000 orang dan mereka memerlukan tempat yang lebih selesa untuk mengerja ibadat, khususnya solat Jumaat.
Mengenai tindakan Jais untuk membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah berhubung sejumlah wang kutipan yang dikendalikan ahli jawatankuasa (AJK) surau lama, Dr Shafie berkata sebaik-baik jalan ialah mengadakan rundingan terlebih dahulu dengan semua terbabit.
"Kalau diperlukan, saya bersedia menjadi orang tengah mengadakan rundingan dengan AJK surau lama berhubung perkara itu. Untuk kebaikan surau, wang itu boleh digunakan untuk menyediakan banyak lagi keperluan di surau tersebut," katanya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.