Muhd Taib: BA sudah kehabisan modal
Naib presiden Umno, Tan Sri Muhamad Muhd Taib menyifatkan Barisan Alternatif (BA) "telah kehabisan modal" apabila merancang untuk mengadakan majlis dialog dengan rakyat bagi mendapatkan maklumbalas untuk menyediakan manifesto pilihanraya umum akan datang.
"Ini menunjukkan mereka tidak ada idea untuk memimpin berbanding dengan Barisan Nasional (BN). Kita membuat perancangan dari dulu hingga sekarang dan untuk masa depan," katanya kepada malaysiakini .
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan malaysiakini yang memetik timbalan presiden Keadilan Abdul Rahman Othman sebagai berkata, BA akan mengadakan dialog dengan rakyat bagi mendapatkan pandangan dan idea daripada mereka.

Menurut Abdul Rahman, BA perlu mengetahui apa yang rakyat perlukan dan ciri-ciri kerajaan yang baik seandainya gabungan itu diberi peluang untuk memerintah Malaysia dalam pilihanraya akan datang.
BA akan menganjurkan sembilan majlis dialog itu di seluruh mulai 9 Ogos ini. Majlis dialog pertama akan di ibu pejabat Keadilan di Shah Alam.
Mengulas lanjut mengenainya, Muhammad berkata, kerajaan membuat perancangan yang berterusan dari masa ke semasa demi kebaikan masa depan rakyat.
"Pada satu ketika, negara kita terlibat dalam aktiviti pertanian, tetapi kita ada matlamat untuk menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian," tambahnya.
Cari populariti
Menurutnya lagi, ini kerana sektor pertanian tidak menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju sekiranya ia tidak berubah menjadi sebuah negara perindustrian.
"Kita nampak BA tidak ada visi dalam memajukan negara. Sebaliknya ia mengharapkan rakyat menyelesaikan masalahnya untuk terus hidup dalam arena politik tanahair.
"Dalam Umno, bila timbul sesuatu isu, kita menghadapinya. Ini termasuk cadangan untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, dan pelaksanaan sistem meritokrasi. Walaupun dikritik, kita tahunya ianya baik untuk rakyat," kata Muhammad.
Katanya, kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa memikirkan pelaksanaan perkara-perkara yang baik untuk masa depan rakyat, walaupun adakalanya, keputusan yang dibuat tidak popular.
"Tidak semua perkara yang popular baik untuk rakyat....dan yang tidak popular pula tidak baik untuk rakyat...," tambahnya.
Selain kehabisan modal, kata Muhd Taib menyifatkan rancangan BA untuk mengadakan majlis dialog dengan rakyat hanyalah semata-mata untuk mencari populariti menjelang pilihanraya umum akan datang.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.