Mahathir: Semua keputusan tanggungjawab bersama ahli MT
Semua ahli majlis tertinggi Umno (MT) bersetuju untuk sedia bertanggungjawab bersama terhadap semua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti yang ada sekarang dan yang sebelumnya.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MT yang berlangsung selama tiga jam di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.
Oleh itu, kata presiden parti, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, tiada ahli MT yang kini boleh mengatakan mereka tidak terbabit dalam mana-mana keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan.
Semua ahli majlis tertinggi Umno (MT) bersetuju untuk sedia bertanggungjawab bersama terhadap semua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti yang ada sekarang dan yang sebelumnya.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MT yang berlangsung selama tiga jam di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.
Oleh itu, kata presiden parti, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, tiada ahli MT yang kini boleh mengatakan mereka tidak terbabit dalam mana-mana keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan.
Katanya, ini juga bermakna tiada mana-mana ahli MT yang boleh menyalahkan mana-mana ahli MT yang lain sebagai bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang telah dibuat oleh pihak parti.
Katanya, ianya bukan perkara baru kerana yang penting setiap ahli MT perlu diingatkan mengenai tanggungjawab mereka dalam perkara tersebut.
Menjawab soalan berikut dari pemberita mengenai perkara itu, Dr Mahathir secara berseloroh: "Kena ingatkan mereka...kerana Melayu mudah lupa..."
Pilihanraya
Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga perdana menteri, enggan mengulas lanjut apabila diminta oleh pemberita supaya memberi contoh mengenai keputusan yang dibuat itu.
Dr Mahathir akan diganti oleh timbalannya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri dan presiden parti bulan Oktober depan.
Dalam sidang akhbar itu juga, Dr Mahathir berkata, semua bahagian dan cawangan Umno sudah diarahkan supaya membuat 'pilihanraya olok-olok" bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapinya pada bila-bila masa.
Mengenai pertubuhan haram Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM), Perdana Menteri berkata Abdullah telah memberi taklimat kepada ahli MT mengenai perkembangan terkini mengenainya.
Kegiatan pertubuhan PKPM ini terbongkar apabila polis menangkap tiga lelaki di sebuah hotel di Taman Maluri di sini ketika sedang menemuduga empat lelaki untuk menyertai pertubuhan itu, Khamis lalu.
Susulan daripada tangkapan itu, polis kemudiannya membuat serbuan ke Pantai Dalam dan menangkap 21 lagi ahli kumpulan terbabit termasuk ketuanya Nor Azami Ahmad Ghazali, 35.
Nor Azami berpangkat Jeneral dalam pertubuhan itu dan telah mengisytiharkan dirinya sebagai bakal perdana menteri keenam selepas Abdullah.
Jawatankuasa penaja
Polis percaya PKPM mempunyai lebih 8,000 ahli yang terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh orang kanan Nor Azami.
Menjawab pertanyaan pemberita, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan ada ahli Umno yang terbabit dalam pertubuhan.
"Ada ahli yang terbabit kerajan mereka juga terpedaya dan tertipu, dan turut sama menganggotainya," kata beliau lagi.
Buat masa ini, katanya, siasatan masih dijalankan terhadap pertubuhan itu untuk memastikan sama ada ianya terlibat atau tidak dalam kegiatan militan.
Ditanya mengenai cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengeluarkan
Kertas Putih
mengenai PKPM, Mahathir berkata siasatan terhadap pertubuhan masih dijalankan.
Sementara itu, Abdullah memberitahu sidang akhbar yang sama yang MT telah bersetuju dengan cadangan jawatankuasa pengurusan parti untuk membubarkan kesemua bahagian Umno di seluruh negara dan digantikan oleh jawatankuasa penaja.
Katanya, perlantikan ahli jawatankuasa itu akan dibuat oleh pihak MT dan pemegang jawatan sekarang boleh dilantik menganggotainya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.