Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan telah memutuskan bahawa dasar dan keseluruhan sistem pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan disemak semula.

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, berkata jemaah menteri akan membuat semakan pada akhir tahun ini dan keputusannya akan dilaksankan tahun depan.

"Dasar baru itu akan diumumkan selepas Jemaah Menteri membincangkannya pada

tahun ini," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butirannya dan hanya berkata “keseluruhannya” akan dikaji semula.

Ditanya mengapa, beliau berkata: “Ini bagi mengelakkan kekeliruan pada masa depan. Tunggu apabila kami semak lah.”

Proses pemberian biasiswa JPA saban tahun mengundang kontroversi dengan ratusan pelajar mendakwa gagal mendapatkan biasiswa itu meskipun keputusan peperiksaan mereka cemerlang.

Kerap-kali juga isu bangsa seseorang pelajar ditimbulkan berhubung rasa tidak puas hati dengan pemberian biasiswa itu. Tahun ini, ia diburukkan lagi dengan beberapa tuntutan kumpulan pendesak Melayu.

Antaranya, PERKASA mahu sekurang-kurangnya 67 peratus biasiswa itu dikhaskan kepada pelajar Melayu manakala kumpulan pendesak yang dikaitkan dengan Umno iaitu Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) pula mahu keseluruhan biasiswa diberikan hanya kepada pelajar bumiputera dan Melayu.

[Baca berita penuh]

ADS