Pemuda Umno Selangor, WP siasat pembabitan ahli dalam PKPM
Pemuda Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan akan membuat siasatan menyeluruh sama ada pemimpin atau ahlinya yang turut terbabit dengan Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM).
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Haidar Ali Sheikh Fadzir berkata beliau telahpun meminta laporan mengenainya daripada semua Pemuda bahagian.
"Setahu saya tidak ada barisan ahli jawatankuasa Pemuda Umno di Wilayah Persekutuan yang terbabit dengan pasukan itu...kalau ahli biasa mungkinlah ada...itu saya masih menunggu laporan tersebut," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan ahli Pemuda Umno di negeri-negeri lain juga turut terbabit dalam pasukan itu, Haidar berkata, beliau tidak dan meminta perkara itu dirujuk kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Hishamuddin Hussein Onn.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas berita yang tersebar, terutamanya melalui lawanweb Internet yang mendakwa ada beberapa pemimpin pemuda Umno bahagian yang menganggotai pasukan itu.
Lamanweb tersebut mendakwa antara mereka yang ditangkap atau menyerah diri ialah ahli pemuda Umno di Gombak, Selayang, Wangsa Maju, dan Segambut kerana menganggotai PKPM.
Ianya mendakwa yang ketua PKPM, Nor Azami Ahmad Ghazali, 35 pernah menghadiri jamuan makan malam bersama Pemuda BN di Gombak bulan lepas bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.
Terpedaya
Kegiatan pertubuhan PKPM ini terbongkar apabila polis menangkap tiga lelaki di sebuah hotel di Taman Maluri di Kuala Lumpur ketika sedang menemuduga empat lelaki untuk menyertai pertubuhan itu pada 23 Julai lalu.
Susulan daripada tangkapan itu, polis kemudiannya membuat serbuan ke Pantai Dalam dan menangkap 21 lagi ahli kumpulan terbabit termasuk ketuanya Nor Azami.
Nor Azami berpangkat Jeneral dalam pertubuhan itu dan telah mengisytiharkan dirinya sebagai bakal perdana menteri keenam selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Polis percaya PKPM mempunyai lebih 8,000 ahli yang terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh orang kanannya.
Sementara ketua Pemuda Umno Selangor, Ahmad Nawawi Mohd Zin berkata sehingga ini beliau juga tidak pasti sama ada ahli pergerakan itu di Selangor turut menganggotai PKPM.
Ditanya apakah bentuk tindakan yang akan diambil sekiranya ada yang menganggotainya, Ahmad Nawawi berkata ianya dibuat mengikut peraturan parti dan undang-undang negeri.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.