Umno belum yakin mampu tawan Kelantan
Walaupun Umno Kelantan sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang, tetapi parti itu belum yakin mampu menawan semula negeri itu daripada tangan PAS.
Bagaimanapun, timbalan pengerusi Umno Kelantan, Zaid Ibrahim, yakin Umno negeri mampu menambah jumlah kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya yang lalu.
"Sukar untuk saya membuat ramalan...tetapi saya rasa Umno boleh menang lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang," katanya ketika ditanya pemberita dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.
Walaupun Umno Kelantan sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang, tetapi parti itu belum yakin mampu menawan semula negeri itu daripada tangan PAS.
Bagaimanapun, timbalan pengerusi Umno Kelantan, Zaid Ibrahim, yakin Umno negeri mampu menambah jumlah kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya yang lalu.
"Sukar untuk saya membuat ramalan...tetapi saya rasa Umno boleh menang lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang," katanya ketika ditanya pemberita dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pilihanraya umum 1999, PAS memenangi 41 daripada 43 kerusi Dewan Undangan Negeri. Barisan Nasional (BN), melalui Umno, hanya memenangi dua kerusi di Paloh dan Galas.
Kelantan tidak mendapat tambahan kerusi negeri dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru-baru ini.
Kubu Umno
PAS berjaya merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990 dengan kerjasama Parti Semangat 46 (S46) melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyat.
Walaupun S46 kemudiannya dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali menyertai Umno, tetapi parti itu masih gagal menawan semula Kelantan daripada parti PAS dalam pilihanraya umum 1995 dan 1999.
Menurut Zaid, Umno mempunyai harapan cerah untuk memenangi kerusi di kawasan Kelantan Selatan, antaranya di kawasan Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang.
Kerusi negeri yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai ialah Guchil, Mengkebang, Manek Urai. Di Gua Musang pula ialah Dabong, Paloh dan Galas. Manakala di Tanah Merah ialah Chetok, Bukit Panau dan Gual Ipoh.
Selain itu, katanya, Umno juga kuat di kawasan Jeli yang mengandungi kerusi negeri Kemahang, Air Lanas dan Pergau.
Bagaimanapun, katanya, harapan Umno untuk menambah kerusi adalah agak sukar di kawasan persisiran pantai seperti di kawasan Tumpat, Bachok, Pasir Putih.
Kesalahan liwat
Dalam sidang akhbar yang sama, Zaid juga mendakwa seksyen mengenai kesalahan liwat dalam Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu dan Seksyen 16 Kanun Jenayah Syariah 11 (Kelantan), membenarkan seorang suami meliwat isterinya.
Katanya, ini kerana kedua-dua seksyen tersebut berbunyi: "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur."
Beliau mendakwa perkataan "selain daripada isterinya" membawa makna si suami boleh meliwat isterinya, dan perbuatan itu tidak menjadi kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu dan Kanun Jenayah Syariah 11 (Kelantan).
Sedangkan, katanya, perbuatan liwat merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
Oleh itu, katanya, pemimpin PAS perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa perkara itu boleh berlaku sedangkan ianya bukan sahaja bertentangan dengan Kanun Keseksaan tetapi juga di segi agama.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.