Pemuda Umno didakwa belakangkan MB Kedah
Badan Perhubungan Umno Kedah dikatakan merasa "terkilan' kerana tidak pernah dimaklumkan oleh Pemuda Umno Malaysia mengenai aktiviti yang dianjurkan oleh pergerakan itu di negeri tersebut.
"Sepatutnya, pergerakan itu maklumkanlah aktiviti yang hendak dijalankan di negeri ini, sekurang-kurangnya untuk makluman Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zin," kata sumber-sumber yang rapat dengan Umno Kedah.

Malah, kata sumber itu, ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pergerakan itu di sesuatu kawasan tanpa pengetahuan ketua Umno bahagian terbabit.
Tindakan pergerakan itu, katanya, jika dibiarkan berterusan, boleh dianggap seolah-olah mengetepikan badan perhubungan Umno negeri.
Selain itu, katanya, Syed Razak selalu pengerusi perhubungan Umno Kedah juga tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perlantikan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir sebagai ketua pemuda Umno Kedah.
Abdul Aziz yang juga merupakan naib ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia dilantik ke jawatan itu baru-baru ini.
Selaras aktiviti
"Menteri besar hanya mengetahui mengenai perlantikan itu kemudiannya," tambah sumber-sumber itu.
Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya semua aktiviti parti, baik yang dijalankan oleh Umno dan Pemuda Umno dapat diselaraskan bagi memaksimumkan pencapaian matlamatnya.
"Jika tidak, sudah pasti, aktiviti kepartian di negeri ini akan dilihat seolah-olah tidak diselaraskan kerana ada aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda Umno yang kita tidak tahu...," tegasnya lagi.
Malah, katanya, adakalanya kedatangan Ketua Umno Malaysia, Datuk Hishamuddin Hussein di Kedah pun tidak dimaklumkan kepada menteri besar.
"Selaku tuan rumah, menteri besar hendaklah dimaklumkan...tak seronoklah kalau banyak sangat perkara yang dibuat di belakang kita...," tambah sumber-sumber itu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.