Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno mahu lihat keseriusan K'tan laksana hudud

Umno akan melihat sama ada ada kerajaan Kelantan serius atau  tidak untuk meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud, kata presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita nak tengok serius (atau) tak serius. Sebab cerita hudud ini bukan cerita baru, dari dulu lagi, tapi perkara ini tidak menjadi langsung," katanya.

Najib memberitahu demikian ketika diminta mengulas perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang tadi.

Katanya, Umno selalu dipersalahkan kerana didakwa mencetuskan isu ini, sedangkan ia berpunca daripada pihak lain.

"Semua segala-gala kesalahan (dan) kelemahan, Umno yang kena, walhal puncanya daripada pihak orang lain," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, PAS berkata Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka parti itu melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. 

Bagaimanapun, Majlis Peguam pula berkata, undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri.

ADS