Ibrahim Ali: Biar mahkamah rakyat hakimi tindakan Umno Kelantan
Bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menegaskan bahawa beliau perlu menebus maruahnya sebagai seorang ahli politik yang telah menerima penghinaan daripada pimpinan tertinggi Umno Kelantan.
Bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menegaskan bahawa beliau perlu menebus maruahnya sebagai seorang ahli politik yang telah menerima penghinaan daripada pimpinan tertinggi Umno Kelantan.
"Saya masih menyayangi Umno...tapi nampaknya Umno tidak lagi menyayangi saya...," tegasnya ketika ditemui di kediamannya.
Ibrahim juga berulangkali menegaskan beliau telah menjadi mangsa konspirsi politik untuk menjatuhkannya oleh kalangan pemimpin Umno Kelantan yang 'dengki' kepadanya..
"Saya tidak menyangka langsung akan digugurkan...tetapi anehnya, ada pemimpin di bahagian saya yang sudahpun mengetahuinya...tetapi dia tidak langsung memberitahu saya.," tambahnya.
Beliau juga menyentuh mengenai kedudukan anggota jawatankuasa pemilih peringkat Umno Kelantan, yang ditugaskan untuk memilih barisan kepimpinan penaja bahagian di negeri tersebut.
Malaysiakini
difahamkan mereka ialah timbalan pengerusi, Datuk Zaid Ibrahim; bendahari, Datuk Dr Awang Adek Hussin; setiausaha perhubungan, Mat Nawawi Mat Jusoh dan ketua penerangan Alwi Che Ahmad.Mat Nawawi adalah ketua Umno Tumpat, Alwi (timbalan ketua Umno peringat) dan Dr Awang (timbalan ketua Umno Bachok).
Berkepentingan
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 22 Nov lalu, menggugurkan empat ketua bahagian di Kelantan daripada senarai jawatankuasa penaja parti negeri itu sebagai langkah pemantapan bagi menghadapi pilihanraya.
Mereka ialah ketua bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah; Datuk Ahmad Shahabuddin Mohd. Noor (Bachok), Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Tuan Hashim Tuan Yaacob (Kubang Krian).
Tempat mereka diganti oleh Datuk Romzi Abdul Rahman (Kuala Krai), Datuk Dr Awang Adek Hussin (Bachok), Datuk Rahim Abdul Rahman (Pasir Mas) dan Datuk Ahmad Rosli Ibrahim (Kubang Kerian).
Menurut Ibrahim, bagaimanakah mereka yang turut terbabit dalam perlantikan tersebut, umpamanya, Dr Awang (
gambar
), yang dilantik sebagai ketua penaja, bahagian Bachok (menggantikan Ahmad Shahabuddin), turut menganggotai jawatankuasa pemilih.
Malah, katanya, timbul desas-desus yang mengatakan Alwi juga turut dilantik sebagai ketua penaja bahagian Peringat bagi menggantikan Datuk Anuar Musa, tetapi difahamkan, dia (Alwi) menolak perlantikan itu dan mahu Anuar dikekalkan.
Dalam hal ini, Ibahim juga mendakwa beliau tidak langsung ditanya pendapatnya, tetapi beliau difahamkan timbalannya sudah mengetahui lebih awal mengenai perubahan tersebut.
Katanya, perkara seumpama inilah yang membuat beliau yakin bahawa ada usaha untuk meminggirkanya daripada Umno Kelantan.
Sokongan terbuka
"Saya tidak langsung menyangka yang saya akan digugurkan memandangkan segala sumbangan saya kepada Umno Kelantan selama ini. Mereka yang tahu sejarah perjuangan saya, akan mengetahui apa yang telah saya lakukan untuk membantu Umno Kelantan.
"Apa yang dapat saya katakan di sini ialah hanya Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sahaja yang memahami perjuangan politik saya. Kerana itulah beliau pernah melantik saya sebagai setiausaha parlimen dan timbalan menteri," tambahnya
Beliau juga terkilan dengan alasan yang diberikan bahawa perubahan itu mencerminkan kehendak sebenar rakyat di peringkat akar umbi termasuk di kawasan Pasir Mas.
"Sekarang saudara boleh dilihat di Kelantan, telah timbul rakyat yang membantah, khususnya di kawasan saya, dengan menaikkan sepanduk untuk menyatakan sokongan mereka kepada saya.
"Habis macam mana alasan perubahan itu dibuat kerana hendak memenuhi kehendak rakyat? Kalau rakyat tidak mahu saya lagi, mengapa ada mereka yang menyatakan sokongan terbuka kepada saya," tambah Ibrahim.
Malah, katanya, beliau telah diminta pulang ke Kelantan dan ribuan penyokongnya akan menunggu ketibaannya di lapangan terbang Kota Bharu.
"Kerana itulah saya belum mahu pulang ke Kelantan. Jika ini berlaku, apakah implikasinya terhadap imej Umno Kelantan, khususnya terhadap Datuk Mustafa Mohamad sendiri!
Dipersalahkan
"Juga tidak munasabah menyalahkan saya kalau Umno tewas di Kelantan. Kalau Umno menang di kawasan-kawasan lain, termasuk yang ditandingi Datuk Mustafa di Jeli, dan hanya saya sahaja yang kalah, maka bolehlah diandaikan rakyat menolak saya.
"Dalam hal ini,Umno tewas di semua kawasan, kecuali Parlimen Gua Musang dan dua kerusi negeri. Jadi mengapa pula saya yang hendak dipersalahkan sebagai punca kekalahan Umno.
Dalam pilihanraya umum 1999, Barisan Nasional (BN) hanya berjaya memenangi dua kerusi negeri - Paloh dan Galas - manakala 41 kerusi lagi dimenangi PAS untuk memerintah Kelantan bagi penggal ketiga berturut-turut.
"Kalau ianya disamakan dengan pertandingan bolasepak, kalau kita kalah satu dua gol, bolehlah salahkan satu dua pemain. Tetapi kalau kalah 10 gol, adakah logik mempersalahkan seorang pemain sahaja. Mestilah semua sekali perlu dipersalahkan, kalau mahu digugur, gugurkan semua, kalau mahu diganti, ganti baru semua.
"Jika Umno Kelantan mahu menukar imej dengan melantik pemimpin yang bersih, apakah mereka yang dilantik sebagai ketua penaja sekarang semuanya begitu. Saya ragui. Saya tidak mahu sebut nama, tetapi ada yang telah menjadi sasaran hebat PAS kerana didakwa melakukan salahguna kuasa dan rasuah," tegasnya.
Perkara seperti inilah, kata Ibrahim, yang membuatnya yakin bahawa memang wujud konspirasi di kalangan pemimpin Umno Kelantan untuk menjatuhkannya di negeri itu.
Konspirasi politik
"Ini saya tidak boleh biarkan. Kalau saya menentang, ia kerana saya mesti menebus maruah saya sebagai seorang ahli politik yang sudah dihina sedemikian rupa," tegasnya.
Ditanya mengenai desas-desus yang ada parti pembangkang yang mempelawanya menyertai mereka, Ibrahim mengesahkan memang ada, tetapi enggan mengulas lanjut kerana beliau masih sayangkan lagi Umno.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding bagi jawatan ketua Umno Pasir Mas, Ibrahim berkata: "Apa kebaikannya dan perlunya saya bertanding mempertahan jawatan tersebut".
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang bagi membolehkan rakyat menjadi hakim sama ada keputusan Umno Kelantan menggugurkannya itu akan membawa kemenangan kepada parti tersebut.
Ditanya sama ada tindakannnya itu akan membuat beliau sekali lagi dianggap politikus katak yang sering melompat parti, Ibrahim berkata: "Mengapa hanya saya sahaja yang dianggap sedemikian. Bekas presiden PAS, Datuk Asri Muda juga melompat ke Hamim dan kemudiannya menyertai Umno.
"Malah, kerja lompat-melompat ini sudah menjadi perkara biasa di Sabah. Ada di kalangan pemimpin Umno di negeri itu pernah melompat parti."


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.