Nazri Aziz jadi mangsa politik cantas-mencantas?
Sepertimana nasib Datuk Ibrahim Ali yang gugurkan daripada senarai jawatankuasa penaja Umno bahagian Pasir Mas, persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad juga mungkin menandakan bermulanya kejatuhan seorang lagi penyokong kuatnya, Datuk Seri Mohamed Nazri. Abdul Aziz.
Sepertimana nasib Datuk Ibrahim Ali yang gugurkan daripada senarai jawatankuasa penaja Umno bahagian Pasir Mas, persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad juga mungkin menandakan bermulanya kejatuhan seorang lagi penyokong kuatnya, Datuk Seri Mohamed Nazri. Abdul Aziz.
Nama Nazri yang juga merupakan penyokong kuat Datuk Seri Najib Tun Razak, melonjak lagi - tetapi kali ini bukan kerana 'keberaniannya' untuk berbahas dengan pemimpin PAS - tetapi berhubung siasatan isu pemberian 6,000 permit teksi.
Berikutan dakwaan itu, dan kelewatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyelesaikan siasatan kes tersebut, Nazri sendiri mengakui bahawa beliau dipandang serong oleh masyarakat.
Menurut sumber-sumber, siasatan BPR berhubung isu pemberian permit-permit teksi itu telah membuat sesetengah pihak beranggapan yang ianya merupakan tindakan awal untuk memaksa beliau meletak jawatan.
Ini berikutan timbulnya desas-desus yang mengatakan bahawa kes yang membabit Nazri, yang 'meletup' secara mendadak itu, mungkin bermotifkan politik.
Ini kerana Nazri secara lantang menyuarakan sokongan kepada Najib sebagai bakal timbalan perdana menteri apabila Datuk Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri selepas persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad Okt lalu.
Bermotif politik
"Memanglah....mahu tidak mahu, akan ada pihak yang akan mengaitkannya dengan pendirian politik Nazri itu," kata sumber-sumber yang tidak mahu disebut namanya.
Sebelum ini, ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno, The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdullah Ahmad, telah
ditamatkan perkhidmatannya
, dipercayai kerana usaha berterusannya untuk berkempen untuk Najib bagi jawatan timbalan perdana menteri.
Walaupun, perkhidmatan beliau ditamatkan atas alasan sebuah tulisannya yang begitu mengkritik hebat kerajaan Arab Saudi, tetapi ramai yang berpendapat ianya 'bermotifkan politik".
Menurut sumber-sumber itu lagi, bahang dan tekanan yang dihadapi oleh Nazri sekarang menyebabkan beliau 'naik angin' dan secara terbuka meminta BPR supaya menyelesaikan segera siasatannya berhubung perkara itu.
"Jika tidak, sudah pasti, ada yang akan menganggap beliau terlibat seandainya mereka mengikuti perkembangan dalam media massa," tambahnya.
Sementara itu, berikutan persempadanan semula kawasan pilihanraya 2002, kawasan Parlimen Chenderoh yang diwakili Nazri kini terbelah dua kepada Padang Rengas dan Lenggong. Nazri telah dilantik sebagai ketua penaja Umno bahagian Padang Rengas.
Mangsa cantas
Perlantikan itu juga dikatakan menimbulkan persoalan kerana perpindahan itu menjejaskan kubu kekuatan Nazri yang sebelum ini berpusat di bahagian Lenggong.
"Sudah tentu ini menjadi perbualan hangat khususnya di kawasan Nazri, kerana sekali imbas, beliau tidak lagi mempunyai kekuatan seperti sebelumnya," tegas sumber-sumber itu lagi.
Malah, kata sumber-sumber, sekiranya Nazri bertanding dalam pilihanraya akan datang, di atas kertas, beliau tidak lagi mempunyai kekuatan dan sumber sokongan sekuat seperti sebelum ini.
"Ada juga tertanya-tanya sama ada Nazri akan menjadi mangsa politik cantas-mencantas dalam Umno kerana sikap lantang beliau dalam menyatakan pendirian politiknya dan sokongannya kepada pemimpin yang disukainya,' tambahnya.
Siasatan tersebut dibuat berikutan dakwaan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi Limousin dan Kereta Sewa Malaysia (Pertekma), Yusoff Lahir yang menurutnya terdapat individu yang memiliki 6,000 permit teksi melalui 19 syarikat.
Isu SAR
Turut didedahkan ialah nama pegawai LPKP yang disyaki melakukan penyelewengan ketika menjalankan tugasnya. Sebelum itu, Pengarah Siasatan BPR, Datuk Nordin Ismail berkata semalam pihaknya akan memanggil Nazri untuk membantu siasatan berhubung dakwaan kes itu.
Menurut Nordin, selain Nazri, BPR juga akan memanggil Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, untuk tujuan yang sama.
Nazri telah dilaporkan sebagai berkata, semua dokumen berkaitan siasatan itu telah diambil oleh BPR tiga bulan lalu tetapi tidak nampak perkembangannya selepas itu.
Sabtu lagi, beliau dilaporkan memberi tempoh sehingga akhir bulan ini bagi BPR menyiapkan siasatan sehingga memberi implikasi dan tohmahan terhadapnya, pegawai-pegawai di kementerian dan LPKP.
Sebelum ini, nama Nazri begitu melonjak, terutama selepas perdebatannya dengan timbalan ketua Pemuda ketika itu, Salahudin Ayub berhubung isu Sekolah Agama Rakyat (SAR). Ini ikuti dengan rancangan perdebatannya mengenai isu penutupan di MRSM Dungun yang dibatalkan pada saat-saat terakhir.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.