Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis jamin siasat seksualiti merdeka secepat mungkin
Diterbitkan:  Nov 12, 2011 6:43 PM
Dikemaskini: Nov 13, 2011 1:05 AM

Polis memberi jaminan siasatan terhadap program Seksualiti Merdeka 2011 dilakukan secepat mungkin dengan ia kini dalam proses memanggil beberapa lagi saksi untuk memberi keterangan.

    

"Siasatan belum selesai. Siasatan ini akan dibuat secepat yang mungkin dan kami akan menyemak senarai nama yang akan dipanggil itu sama ada membabitkan VIP yang lain," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar di Kota Bharu hari ini.

    

Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta program berkenaan.

    

Mereka yang telah memberi keterangan ialah bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga serta aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

    

Pada 3 November lepas, polis mengharamkan Seksualiti Merdeka 2011.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

- Bernama

ADS