Lamanweb baru pro-Umno sasar pemimpin pembangkang
Satu lagi bentuk 'serangan politik' terhadap parti PAS dan Keadilan, khususnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini muncul melalui lamanweb baru yang menyokong Umno.
Satu lagi bentuk 'serangan politik' terhadap parti PAS dan Keadilan, khususnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini muncul melalui lamanweb baru yang menyokong Umno.
Berdasarkan kepada angka jumlah pengunjungnya yang baru melebihi 400 orang, lamanweb itu difahamkan baru sahaja dilancarkan.
Antara lain,
lamanweb
tersebut, menyiarkan rakaman gambar Anwar berjalan-jalan ketika dibawa ke hospital, walaupun beliau mendakwa mengalami sakit belakang yang serius.
Rakaman tersebut turut disertakan dengan ulasan yang mendakwa Anwar hanya berpura-pura sakit dengan menaiki kereta roda, ketika muncul di khalayak ramai, tetapi sebaliknya beliau adalah sihat dan beliau berjalan seperti biasa.
Bagaimanapun, tarikh yang tertera di skrin menunjukkan rakaman tersebut dibuat pada tahun 2001.
Tidak rasmi
Turut disediakan ialah petikan rakaman mengenai aktiviti sosial Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, sepertimana yang terdapat dalam cakera padat yang diedarkan sewaktu pilihanraya umum 1999.
Juga disiarkan oleh berita-berita mengenai dakwaan kerajaan PAS Terengganu membolot hasil pembalakan di negeri tersebut, serta gambar-gambar mengenai kawasan pembalakan terbabit.
Berdasarkan e-mail yang disiarkan di lamanweb Selangordaily.com, pengendali Webtvumno menjelaskan bahawa lamanweb tersebut merupakan lawan web tv Umno secara tidak rasmi.
Menurutnya lagi, kebanyakan bahan-bahan dalam laman web itu disunting dari laman web Umno yang lain, seperti Kelab Maya Umno (KMU), Alhaqdaily, GT puteri dan sebagainya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.