Ahli konservatif dan sederhana PAS bersaing di Kedah dan Perlis?
Walaupun sokongan rakyat terhadap parti PAS semakin ketara di Kedah dan Perlis, namun kepimpinan parti tersebut mungkin menghadapi masalah dalam memilih calon-calon yang sesuai untuk bertanding di negeri-negeri berkenaan, dalam pilihanraya umum akan datang.
Walaupun sokongan rakyat terhadap parti PAS semakin ketara di Kedah dan Perlis, namun kepimpinan parti tersebut mungkin menghadapi masalah dalam memilih calon-calon yang sesuai untuk bertanding di negeri-negeri berkenaan, dalam pilihanraya umum akan datang.
Ini kerana wujudnya dua golongan - konservatif dan sederhana - yang ramai terdapat di kalangan ahli dan penyokong PAS di kedua-dua negeri tersebut.
Ini bermakna pemilihan bakal calon PAS di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan Perlis perlu sehaluan dengan majoriti ahli dan penyokong akar umbi parti itu, sama ada konservatif atau sederhana.
Malaysiakini
diberitahu, sekiranya tersalah letak pilih calon, ia akan menjejaskan peluang parti tersebut untuk menang di sesuatu kawasan yang ditandingi.Seorang pemimpin golongan sederhana PAS di salah sebuah negeri berkata, perbezaan pandangan di antara kedua-dua golongan tersebut jelas dapat dilihat dalam hal-ehwal agama dan ibadah.
Sementara itu, sumber-sumber yang mengetahui memberitahu malaysiakini bahawa kewujudan kedua-dua golongan tersebut dipercayai ada kaitannya dengan pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS.
Katanya, golongan sederhana ini merupakan penyokong bekas presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor sebelum ini, sewaktu beliau masih hidup dan menajui PAS, khususnya di Kedah.
Persaingan
Manakala golongan konservatif ini yang agak ektrem pendekatan agama mereka, pula dikaitkan dengan penyokong presiden PAS sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Jumlah ahli dan penyokong PAS yang tergolong dalam kumpulan konservatif ini dipercaya semakin bertambah selepas kematian Datuk Fadzil dan digantikan oleh Haji Hadi.
"Mungkin keadaan ini tidak begitu ketara di kalangan ahli dan penyokong PAS di negeri-negeri lain. Tetapi di Perlis khususnya, ia merupakan ciri-ciri utama penyokong parti berkenaan," tambah sumber-sumber itu.
Berikutan itu, katanya, wujud persaingan di antara kedua-dua kumpulan dalam PAS ini untuk menguasi cawangan dan kawasan parti itu di Kedah dan Perlis.
Sekali pandang, tegas sumber-sumber itu, mungkin persaingan itu tidak begitu jelas dilihat berlaku di peringkat cawangan dan kawasan.
"Tetapi bagi penduduk tempatan, persaingan itu dapat dilihat, khususnya dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan agama, misalnya dalam mengerjakan ibadat sembahyang atau ketika sembahyang jenazah dan sebagainya," tambahnya.
Menurutnya, keadaan ini mungkin agak berbeza dengan di Kelantan dan Terengganu serta tidak begitu disedari oleh kepimpinan peringkat tertinggi parti itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.