Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Letupan: Laporan Utusan satu spekulasi, kata polis

Polis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membuat spekulasi mengenai identiti dalang tiga letupan buatan sendiri dekat kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta Isnin lalu, sejurus selepas keputusan kes Liwat II diumumkan Isnin lalu.

NONE Semalam akhbar Utusan Malaysia milik Umno menyiarkan laporan muka depan yang memetik satu sumber polis yang menyatakan bahan letupan itu dibawa masuk oleh peserta perhimpunan 'Bebas Anwar 901 '.

Ditanya mengenai laporan tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata ia hanya spekulasi media.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan berita seumpama itu kerana ia akan menimbulkan perasaan tidak senang.

NONE Bercakap kepada media selepas satu majlis di ibunegara, beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya, motif di sebalik pemasangan alat letupan itu juga tidak dapat dipastikan sehinggalah suspek ditangkap.

Bagaimanapun, kata Mohamad, secara umumnya polis merasakan kejadian letupan itu bertujuan menimbulkan huru-hara pada hari berkenaan. Empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

VIDEO | 8.24 min

[Baca berita penuh]

ADS