Kemelut dalam Umno, PAS yakin tawan Perlis, Kedah
Keghairahan penyokong PAS untuk menawan Perlis dan Kedah dalam pilihanraya umum kali ini semakin memuncak berikutan timbulnya desas-desus bahawa sebilangan calon muka dan lama Barisan Nasional (BN), khususnya Umno menghadapi masalah sokongan di kerusi masing-masing.
Keghairahan penyokong PAS untuk menawan Perlis dan Kedah dalam pilihanraya umum kali ini semakin memuncak berikutan timbulnya desas-desus bahawa sebilangan calon muka dan lama Barisan Nasional (BN), khususnya Umno menghadapi masalah sokongan di kerusi masing-masing.
Ini dikatakan berikutan timbulnya rasa tidak puashati di kalangan pemimpin Umno di kedua-dua negeri berkenaan yang tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding kali ini.
Malah, ada di kalangan mereka dipercayai telah digugurkan di saat-saat terakhir walaupun para penyokong mereka sudahpun membuat segala persiapan untuk berkempen bagi calon masing-masing.
Sehubungan itu, kepimpinan PAS Perlis dan Kedah memberitahu
malaysiakini
bahawa sehingga hari ini, mereka mempunyai keyakinan mampu memenangi sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis dan 22 kerusi DUN di Kedah. Kini PAS menguasai tiga kerusi DUN di Perlis dan 12 di Kedah.
Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen manakala terdapat 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Kedah.
Menurut beberapa pemimpin yang ditemui, kemenangan PAS dalam pilihanraya umum lalu, selain daripada kekuatan sokongan terhadapnya, juga disebabkan oleh perpecahan dalam Umno sendiri, yang nampaknya akan berulang lagi kali ini.
Mereka berkata, kalau dahulu isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penyebab berlakunya perpecahan dalam Umno, tetapi kali ini perpecahan akibat daripada rasa tidak puashati dengan urusan pemilihan calon parti itu untuk bertanding dalam piliharanraya ini.
Calon diganti
Tinjauan
malaysiakini
mendapati masalah tersebut dipercayai lebih serius di Perlis apabila berlakunya keputusan pada saat-saat akhir untuk mengekalkan Datuk Seri Shahidan Kassim bertanding di kerusi DUN
Tambun Tulang
.
Sebelum ini, Shahidan sepatutnya berpindah ke kerusi Parlimen Arau manakala Datuk Radzi Sheikh Ahmad pula disenaraikan untuk bertanding di kerusi negeri dan bakal dilantik menjadi menteri besar yang baru selepas pilihanray a umum kali ini.
Berikutan itu, senarai awal calon-calon Umno untuk bertanding dalam pilihanraya umum kali ini dikatakan lebih memihak kepada mereka yang menjadi penyokong kuat Radzi, manakala sebilangan penyokong Shahidan, termasuk penyandang di beberapa kerusi DUN, telah digugurkan.
Antara kerusi terbabit ialah DUN Pauh yang sebelum ini disandang oleh Datuk Abu Bakar Ismail, yang juga merupakan ketua penerangan Umno Perlis. Satu lagi ialah kerusi DUN Sena yang diwakili oleh Azihani Ali.
Abu Bakar memenangi kerusi DUN Pauh dalam pilihanraya umum 1999 dengan majoriti 1,663 undi manakala Azihani menang tipis di DUN Sena dengan majoriti hanya 544 undi.
Dalam senarai awal tersebut, nama kedua-dua mereka telah digugur dan digantikan oleh calon muka baru yang dikaitkan dengan Radzi.
Bagaimanapun, selepas keputusan pada saat-saat akhir dibuat, untuk mengekalkan Shahidan di kerusi negeri di Perlis, senarai nama calon berkenaan dikatakan telah dirombak semula, dengan memasukkan semula nama mereka yang digugurkan sebelum ini.
Satu lagi calon muka yang dikaitkan dengan Radzi, iaitu Ahmad Husin yang pada mulanya dicalonkan di kerusi Bintong, juga telah digantikan oleh orang Shahidan, Rusli Mat Hussin.
Satu lagi perubahan mendadak dan dibuat pada saat-saat akhir ialah keputusan untuk memindahkan penyandang kerusi Parlimen Arau, yang telahpun disenaraikan bertanding mengekalkan kerusi tersebut, Datuk Mastika Junaidah Hussin, ke kerusi DUN Sanglang.
Calon yang menggantikan beliau ialah Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (
kiri
), iaitu adik saudara kepada Yang di-Pertuan Agung. Oleh kerana, kerusi Parlimen Arau sudah diisi, maka Shahidan pun mempunyai alasan untuk kembali mempertahankan kerusi Tamban Tulang.
Tiada penyokong
Bagaimanapun, pemindahan Mastika ke DUN Sanglang menyebabkan timbul rasa tidak puashati di kalangan penyokong calon yang telahpun disenaraikan bertanding di situ.
Berikutan itu, kepimpinan PAS Perlis yakin, dengan kemelut politik yang dihadapi oleh Umno sekarang, parti itu akan mencapai kejayaan besar kali ini termasuk kemungkinan calon PAS di Tamban Tulang, Datuk Dr Harun Din, menewaskan Shahidah kali in.
Beliau juga yakin Dr Harun yang turut bertanding kerusi Parlimen Arau, juga mampu menewaskan calon BN di situ. Selain Tambun Tulang, PAS yakin mampu menawan DUN Pauh, Sena, Simpang Empat, Bintong, Beseri, serta mengekalkan tiga kerusi DUNnya di Sanglang, Guar Sanji dan Santan.
Menurut senarai asalnya, malaysiakini juga difahamkan, Datuk Radzi disenarai bertanding di kerusi DUN Bintong. Dalam pilihanraya umum 1999, calon BN, Datuk Dr Md Isa Sabu menang dengan majoriti kecil 306 undi.
Bagaimanapun, keputusan meletakkan Radzi bertanding di DUN tersebut terpaksa dikaji semula selepas pihaknya mendapati satu kawasan perumahan di situ, yang merupakan kubu kuat Umno di situ, sudah dipindah keluar dari DUN tersebut, selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya baru-baru ini.
Tanpa penyokong kuat Umno di taman perumahan tersebut, ia bererti, seandainya Radzi bertanding di situ, beliau mungkin tewas, memandangkan tentangan kuat PAS dalam pilihanraya umum lalu.
Berikutan itu, keputusan dibuat untuk meletakkan beliau bertanding di Parlimen Kangar, tempat yang dikosongkan oleh Tan Sri Hamid Pawanteh yang tidak bertanding dalam pilihanraya umum kali ini.
Musuh tradisi
Masalah yang sama juga berlaku di Kedah, terutama di kawasan-kawasan di mana Umno mengemukakan calon baru atau calon-calon lama yang dikehendaki ahli-ahli Umno di situ, diketepikan.
Malaysiakini
diberitahu, antara kawasan yang menghadapi masalah seperti di Perlis ialah Parlimen Pendang yang dimenangi semula oleh BN, melalui calonnya, Datuk Othman Abdul dalam pilihanraya kecil dua tahun lalu.
Bagaimanapun, kali ini, beliau tidak dipilih semula, sebaliknya tempat beliau digantikan oleh 'musuh tradisinya" Rozai Shafian yang sebelum ini merupakan penyandang DUN Sungai Tiang.
Kini timbul juga dakwaan di kalangan sesetengah pihak bahawa senarai calon BN, khususnya Umno di Kedah dan Perlis kali ini menyaksikan kemunculan semula beberapa muka lama di Kedah dan Perlis yang dikaitkan dengan Semangat 46 dan bekas Anwar.
Ini juga telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan sesetengah pemimpin Umno yang menyifatkan mereka sebagai pihak yang "bertanggungjawab menyebabkan berlaku perpecahan dalam Umno pada pilihanraya umum 1990 dan 1999".
Kepimpinan PAS Kedah memberitahu malaysiakini bahawa pihaknya kini lebih yakin mampu menawan sekurang-kurang 22 kerusi DUN.
Beliau bagaimana enggan menyatakan nama kerusi-kerusi tersebut dengan alasan, selain menjadi strategi parti, PAS mahu juga menjadikan satu kejutan kepada Umno dalam pilihanraya umum kali ini.

