Undi rosak bagi Parlimen Pendang mencecah 700 undi
Proses pengiraan semula undi bagi kerusi Parlimen Pendang di Kedah hanya bermula kira-kira jam 12.10 tengah hari tadi selepas pengiraan awal memihak kepada calon PAS dengan majoriti 44 undi.
Pertandingan bagi kerusi tersebut membabitkan calon Barisan Nasional Md Rozai Shafian dengan calon PAS Dr Mohd Hayati Othman.
Proses pengiraan semula undi bagi kerusi Parlimen Pendang di Kedah hanya bermula kira-kira jam 12.10 tengah hari tadi selepas pengiraan awal memihak kepada calon PAS dengan majoriti 44 undi.
Pertandingan bagi kerusi tersebut membabitkan calon Barisan Nasional Md Rozai Shafian dengan calon PAS Dr Mohd Hayati Othman.
Menurut sumber-sumber Umno bahagian, perkiraan semalam memihak kepada PAS tetapi permintaan dibuat supaya undi itu dikira semula memandangkan jumlah undi rosak yang agak banyak berjumlah 700 undi.
"Saya difahamkan pihak Umno meminta supaya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya menyemak semula semua kertas undi yang dianggap rosak itu dan menilai semula statusnya," tambahnya.
Pihak, SPR, katanya, bagaimanapun, katanya pihak SPR difahamkan mahu kesemua kertas undi dikira semula bagi mendapatkan keputusan muktamad mengenainya.
Bagaimanapun, keputusan pengundian bagi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Pendang - Tokai dan Sungai Tiang - sudahpun diketahuinya.
Bagi DUN Sungai Tiang, calon BN, Suraya Yaacob menang dengan majoriti 4,250 undi. Suraya mendapat 13,948 undi manakala calon PAS Abdul Mutalib Awang memperolehi 9,698 undi.
Menang
Manakala DUN Tokai pula dimenangi oleh calon PAS, Mohd Taulan Rasul dengan majoriti 4,179 undi. Mohd Taulan mendapat 14,790 undi manakala calon BN, Haji Samsudin Tahir mendapat 10,611 undi.
Selain itu, proses pengundian semula juga dilakukan bagi kerusi Parlimen Sik. Selepas pengiraan semalam selesai, calon BN, Datuk Dr Wan Azmi Wan Ariffin menang dengan majoriti 189 undi.
Dr Wan Azmi mendapat 15,498 undi manakala calon PAS yang juga pesuruhjaya PAS negeri, Azizan Abdul Razak (
kanan
) mendapat 15,309 undi.
Bagi dua kerusi DUN di bawah Parlimen Sik - Belantek dimenangi calon PAS manakala DUN Jeneri dimenangi calon BN.
Calon PAS bagi Belantek, Mohd Isa Shafie yang mendapat 7,312 undi, menewaskan calon BN, Md Salleh Ismail yang mendapat 7,262 dengan majoriti 189 undi.
Bagi DUN Jeneri pula, calon BN, Ismail Harun mendapat 8,631 untuk menewaskan calon PAS, Yahya Abdullah dengan majoriti 640 undi. Yahya mendapat 7,991 undi.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.