28 peserta Khidmat Negara diserang histeria
Pihak pengurusan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Port Dickson, Negeri Sembilan, telah meminta khidmat bomoh berikutan berlakunya satu kejadian aneh di mana beberapa peserta di situ tiba-tiba "menjerit seperti serigala".
Pihak pengurusan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Port Dickson, Negeri Sembilan, telah meminta khidmat bomoh berikutan berlakunya satu kejadian aneh di mana beberapa peserta di situ tiba-tiba "menjerit seperti serigala".
Kejadian itu berlaku pada jam 10.15 malam Ahad lalu di kem PDS Resort Port Dickson, Pasir Panjang, dan membabitkan 14 peserta perempuan dan tiga lelaki. Mereka telah dihantar ke Hospital Besar Port Dickson untuk diberi rawatan.
Kejadian yang sama berulang lagi pada pagi dan petang keesokannya, dan membabitkan sebelas lagi peserta PLKN.
Sehubungan itu, dua pemimpin parti DAP, Anthony Loke (
kiri
), yang juga adalah ahli Dewan Undangan Negeri bagi Lobak di Negeri Sembilan, dan Khong Chee Seng telah pergi ke kem tersebut selepas dihubungi oleh keluarga salah seorang peserta yang terbabit dalam kejadian itu.
Mereka ke sana pada pagi semalam tetapi terpaksa menunggu hingga jam 4 petang sebelum diberi kebenaran masuk menemui pengarah kem tersebut.
Menurut Khong, beliau menerima panggilan dari seorang ibubapa peserta terbabit mengenai kejadian histeria yang berlaku di kem tersebut.
Ketakutan
Katanya, beliau telah diberitahu oleh penduduk di situ bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan, tetapi telah dijadian tempat latihan fizikal untuk peserta LPKN .
"Mungkin kejadian itu berlaku kerana ada peserta terbabit yang telah melanggar pantang larang ketika berada di kawasan hutan. Oleh itu, pengarah kem tersebut bercadang mendapatkan khidmat bomoh bagi melindungi para peserta di kem tersebut," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Menurutnya, kem tersebut menempatkan seramai 503 peserta PLKN serta 43 orang kakitangan.
Malah, tambahnya, ketika beliau dan Loke sedang bercakap dengan pengarah tersebut, mereka ternampak tiga orang peserta PLKN diusung masuk ke bilik rehat kerana menjadi kaku selepas diserang histeria.
"Kami pergi melihat keadaan mereka. Seorang daripadanya kelihatan kaku dan tidak memberi sebarang respon ketika ditanya mengenai keadaannya. Seorang lagi termenung, tidak bertenaga dan dalam ketakutan," tambahnya.
Khong berkata, mereka mungkin akan kembali ke kem tersebut esok untuk mengetahui perkembangan mutakhir mengenai peserta terbabit.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.