BERITA

Isu wartawan dikasari, k'jaan temui pengarang

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Mei 2012, 1:22 pagi

Kerajaan dilihat cuba memulihkan hubungan dengan organisasi media selepas polis didakwa bertindak ganas sehingga menyebabkan lebih sepuluh orang wartawan cedera ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.

Difahamkan, ketua redaksi organisasi media akan mengadakan pertemuan dengan wakil polis di Bukit Aman hari ini.

journalist online petition against police violence 300412 Menurut sumber, butiran pertemuan itu tidak didedahkan namun dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dijemput untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Langkah memulihkan hubungan itu dipercayai bermula sejak semalam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon bertemu dengan pengarang akhbar berbahasa Cina.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah dua orang pembantu perdana menteri Wong Nai Chee dan Joan Lai.

Dalam pertemuan di sebuah restoran di Petaling Jaya itu, pengarang berkenaan diminta memberi pendapat berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 dan memberi ulasan mengenai dakwaan tindakan angkuh polis ke atas wartawan.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.