Mesyuarat Umno Cawangan I Jun, Bhgn 8 Julai
Majlis Tertinggi (MT) Umno menetapkan mesyuarat agung Umno di peringkat cawangan diadakan mulai 1 Jun depan diikuti dengan persidangan perwakilan peringkat bahagian mulai 8 Julai ini.
Majlis Tertinggi (MT) Umno menetapkan mesyuarat agung Umno di peringkat cawangan diadakan mulai 1 Jun depan diikuti dengan persidangan perwakilan peringkat bahagian mulai 8 Julai ini.
Mesyuarat agung cawangan akan berlangsung selama sebulan manakala persidangan perwakilan bahagian akan diadakan selama dua minggu dari 8 hingga 22 Julai, di mana pencalonan dibuat untuk bakal calon bertanding bagi jawatan tertinggi parti.
Perkara tersebut diputuskan oleh Majlis Tertinggi dalam mesyuaratnya yang berlangsung di ibupejabat Umno di PWTC petang tadi yang dipengerusikan oleh pemangku presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Bagaimanapun, mesyuarat MT hari ini belum memutuskan tarikh muktamad bagi mengadakan perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksi pertandingan bagi merebut jawatan naib presiden dan kerusi majlis tertinggi.
Tarikh tersebut dijangka diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Parti yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan.
Dua jawatan tertinggi Umno - Presiden dan Timbalan Presiden - dijangka tidak dipertanding dan masing-masing akan disandang oleh Abdullah dan Najib Tun Razak.
Ditangguh 18 bulan
Perhimpunan Agung Umno serta mesyuarat perwakilan di peringkat bahagian sepatutnya diadakan bulan Jun tahun lalu.
Bagaimanapun, Majlis Tertinggi telah memutuskan supaya ianya ditangguhkan memandangkan parti sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum yang kesebelas.
Langkah itu juga bertujuan untuk mengelak berlaku prebutan hebat bagi jawatan dalam parti bagi memastikan mereka yang terpilih itu juga akan berpeluang dipilih menjadi calon pilihanraya.
Bagaimanapun, tempoh penangguhan itu adalah untuk tempoh selama 18 bulan sahaja dan ini bermakna perhimpunan agung Umno tahun ini mestikan diadakan dalam tahun ini juga.
Perhimpunan agung tahun ini memang dinanti-nantikan oleh ahli-ahli parti kerana ianya bakal menyaksi pertandingan bagi kebanyakan jawatan penting parti, di peringkat bahagian dan juga Majlis Tertinggi.
Malah, khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia juga akan menyaksi pertandingan, sekiranya Datuk Hishamuddin Hussein masih mahu mempertahankannya.
Tokoh yang disebut-sebut bakal dicalonkan bertanding bagi jawatan tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, yang juga merupakan salah seorang exco pergerakan tersebut.

