Hishammuddin dijangka umum tanding naib presiden Ahad ini
Besar kemungkinan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Hishammuddin Hussein akan mengumumkan kesediaannya untuk bertanding merebut salah satu jawatan naib presiden Umno, Ahad ini.
Besar kemungkinan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Hishammuddin Hussein akan mengumumkan kesediaannya untuk bertanding merebut salah satu jawatan naib presiden Umno, Ahad ini.
Semalam, siaran berita Buletin Utama TV3 menyiarkan kenyataan Menteri Pelajaran itu yang beliau akan mengumumkan di Johor Ahad ini sama ada akan mengekalkan jawatan Ketua Pemuda ataupun tidak.
Hishammuddin dipilih sebagai ketua pergerakan itu pada tahun 2000 selepas ketua Pemuda Umno ketika itu, Datuk Zahid Hamid meletakkan jawatan berikutan krisis dalaman parti selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan pada 1988.
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan pergerakan itu, sebahagian besar ahli pergerakan itu yakin yang Hishammuddin akan menyambut cabaran untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti September ini.
"Sebagai pemimpin Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin berpeluang cerah untuk memenangi salah satu jawatan naib presiden itu. Beliau tidak seharusnya melepaskan peluang ini untuk meningkatkan dalam hirarki parti," katanya kepada malaysiakini .
Sebelum ini, kata sumber-sumber itu, dua bekas ketua Pemuda Umno Malaysia, Anwar dan Datuk Seri Najib Razak juga bertanding merebut jawatan naib presiden selepas memimpin pergerakan tersebut.
"Kalau Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib boleh menang dalam percubaan pertama mereka merebut jawatan naib presiden, tidak ada sebab Datuk Hishammuddin juga tidak boleh menang," tambahnya.
Sebelum ini, pihak akhbar melaporkan yang majoriti ahli Pemuda Umno mahu melihat Hishammuddin meningkatkan kedudukannya dalam parti dengan bertanding jawatan naib presiden.
Berdiam diri
Berikutan itu, pihak media juga melaporkan yang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri
Dr Mohd Khir Toyo
menerajui pergerakan itu sekiranya Hishammuddin tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Bagaimanapun, Hishammuddin mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Ditanya kemungkinan Hishammuddin mengumumkan Ahad ini yang beliau akan mengekalkan jawatan ketua Pemuda Umno, sumber-sumber berkata: "Saya rasa pengumumannya lebih besar daripada itu....mungkin beliau akan bertanding naib presiden.."
Mesyuarat perwakilan Umno peringkat cawangan sudah bermula pada 1 Jun lalu dan akan berlangsung selama sebulan.
Manakala mesyuarat bahagian pula akan diadakan selama dua minggu pada bulan depan untuk membuat pencalonan bagi calon yang akan bertanding jawatan tertinggi Umno, termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT).
Mesyuarat Pemuda Umno bahagian pula akan membuat pencalonan untuk jawatan ketua dan naib ketua Pemuda Umno. Begitu juga dengan Wanita dan Puteri Umno.
Menurut sumber-sumber itu lagi, sekiranya Hishammuddin melepaskan jawatan ketua Pemuda, persaingan bagi jawatan tersebut dijangka berlaku di antara Dr Mohd Khir dan naib ketua sekarang, Datuk
Aziz Sheikh Fadzir
.
Manakala mereka yang dijangka bakal dicalonkan bagi jawatan naib ketua pula ialah ketua penerangan pergerakan itu, Datuk Azimi Daim dan exconya, Khairy Jamaluddin .


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.