Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kakitangan dan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini mengadakan demonstrasi "Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0" untuk mendesak Rektornya, Prof Datuk Dr Jamil Osman supaya meletak jawatan.

NONE Kira-kira 200 kakitangan dan mahasiswa berhimpun di hadapan pejabat Jamil yang mereka dakwa "banyak mengabaikan kebajikan kakitangan dan pelajar".

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam blog kumpulan kakitangan KUIN, mereka mendakwa kewujudan anak syarikat Kuin tidak mampu beroperasi menyebabkan ia terpaksa bergantung kepada sumber kewangan kolej itu.

"Akhirnya (ia) mencetuskan krisis kewangan yang sangat kritikal," katanya sambil mendakwa keadaan itu menyebabkan kakitangan dan pelajar menjadi mangsa," blog itu dipetik.

Mereka mendakwa kakitangan dinafikan hak kenaikan gaji dan kenaikan elaun kadar sara hidup, kenaikan yuran pelajar serta pemeriksaan perubatan serta kenaikan yuran asrama.

NONE Sehubungan itu, mereka mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya campurtangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Perhimpunan selama setengah jam itu bermula 1.30 petang ini yang diketuai Mohd Azki Hafizi Ibrahim yang menjadi jurucakap kumpulan tersebut itu, berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Dalam perhimpunan itu juga, mereka turut merentangkan kain pemidang, sepanduk dan laungan mendesak supaya Jamil meletakkan jawatan.

Sebelum ini dilaporkan pelajar kolej itu pernah berhimpun di Wisma Darul Aman pada 19 Februari lalu, turut menuntut perkara yang sama.

ADS