BERITA

DAP mahu londeh dakwaan MCA esok

Leven Woon

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Jul 2012, 9:12 pagi

DAP hari ini turut serta dalam pertelingkahan berhubung dakwaan penyelamatan Talam Corp Bhd berjumlah RM1 bilion antara MCA dan kerajaan Selangor melalui perakaunan rumit.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau akan menunjukkan kesilapan fakta terhadap dakwaan MCA esok, sekali gus "melondehkan" Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong yang membuat kenyataan itu.

NONE Bagaimanapun, sebagai permulaan, Pua menjelaskan, musuh politiknya itu telah membuat dua kesalahan dalam sidang media Selasa lalu.

Sambil menolak dakwaan Chua bahawa penstrukturan semula hutang Talam oleh kerajaan seclangor merupakan bailout (langkah menyelamatkan), Pua berkata syarikat itu sebenarnya menyelesaikan penstrukturan kewangan yang diminta Bursa Malaysia pada Julai 2009.

"Ia berbulan-bulan sebelum kerajaan negeri terlibat sama, iaitu pada penghujung tahun itu," tambahnya.

Beliau juga berkata Talam tidak pernah dikelaskan sebagai "syarikat PN17" dan tidak pernah digantung daripada bursa seperti didakwa Chua.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan