Loke: Menteri kelirukan kabinet RM1.66 juta?

       

Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen didakwa mengelirukan kabinet berhubung perbelanjaan lebih RM1.66 juta dalam penganjuran persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (Pata) pada April lalu.

Anggota parlimen Rasah daripada DAP Anthony Loke mendakwa, kabinet meluluskan RM1,738,300 kepada Pelancongan Malaysia, agensi bawah kementerian itu, untuk menyediakan persidangan pada 21 dan 22 April, tetapi kosnya meningkat kepada RM3,402,460.

NONE Dakwanya, menurut minit mesyuarat bertarikh 30 Mac dan dokumen lampiran, agensi itu membelanjakan RM292,220 untuk jawatankuasa kerja pengangkutan, terutamanya untuk bahagian pemasaran antarabangsa.

Loke yang juga ketua Pemuda DAP mendakwa, sebanyak RM14,580 dibelanjakan untuk kad prabayar telefon dan "cenderamata manik" untuk kakitangan pemasaran.

Agensi itu juga didakwa membelanjakan RM15,600 untuk "logistik" pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah LCCT.

"Menganjurkan persidangan antarabangsa bukannya lesen untuk berbelanja boros," kata Loke lagi.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda