Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Anwar saman KJ didengar 25 Januari
Diterbitkan:  Aug 7, 2012 2:46 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan tiga hari mulai 15 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan demikian di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S Prakash mewakili Anwar dan Sarah Abishegam mewakili Khairy.

Prakash memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan memanggil tiga orang saksi.

Anwar memfailkan saman itu pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, memfitnahnya pada Ogos 2007 dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak.

Anwar mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.

- Bernama

ADS