Kumpulan tarian singa mendahului kira-kira 2,000 orang yang menyertai perarakan di sepanjang Jalan Sultan malam tadi dalam usaha mereka mendesak untuk memelihara kawasan bersejarah itu daripada kesan kerja-kerja pembinaan projek MRT.

Mereka sebelum itu berkumpul di Gereja Gospel Hall pada kira-kira jam 8.30 malam walaupun hujan renyai-renyai untuk mendengar ucapan pemimpin mereka.

NONE Di pintu gereja, aktivis Himpunan Hijau hadir untuk mengedarkan risalah dan mempromosi protes mereka di Raub menentang penggunaan sianida oleh sebuah lombong emas di Bukit Koman pada hari Ahad.

Ada di kalangan mereka yang memakai topeng iras wajah ahli Raub parlimen, Datuk Seri Ng Yen Yen, sambil mengucapkan Ng mengalu-alukan mereka ke Raub.

Sementara itu, di sebuah gelanggang bola keranjang, pengerusi bersama Jawatankuasa Peliharakan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan (PJSBBC), Tan Yew Sing dan beberapa penceramah lain, berucap memperjuangkan pemeliharaan Jalan Sultan.

NONE Sambil menegaskan bahawa pemeliharaan kawasan warisan ini adalah penting, Tan (kanan) berkata, mereka tidak mahu Kuala Lumpur hanya akan diingati  dengan Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

Sebaliknya, beliau mahu ianya diingati dengan ingatan bersama rakyat Malaysia dan penduduk Kuala Lumpur, terutamanya Jalan Sultan dan kawasan sekitarnya, sambil menegaskan bahawa beliau tidak menolak pembangunan.

Penceramah lain termasuk ahli Parlimen Fong Kui Lun, Jimmy Chok dari Gospel Hall, pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack dan pengerusi NGO Pertahankan Warisan Kita, Ishak Surin.

[Baca berita penuh]