Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zunar padam nama pencetak dalam Lawak & Lawan
Diterbitkan:  Jan 2, 2013 1:19 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Kartunis Zunar berkata beliau tidak akan menyertakan nama pencetak buku komik terbarunya berjudul Lawak & Lawan , seperti yang ditetapkan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

"Saya tahu tindakan ini bertentangan dengan undang-undang, namun saya mempunyai tanggungjawab moral untuk melawan undang-undang zalim seperti PPPA.

NONE "Saya bersedia menghadapi risiko perundangan atas tindakan ini," katanya yang menambah beliau juga akur bahawa tindakan itu akan menyebabkan judul terbaru itu tidak dapat dijual di premis terbuka.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque berkata beliau sedia menanggung risiko tersebut walau menyulitkan pendapatan kewangannya.

Penerbitan tanpa nama pencetak itu boleh menyebabkan Zunar dihukum penjara tidak lebih dari satu tahun serta denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Katanya, beliau terpaksa bertindak demikian memandangkan pihak berkuasa bertindak ke atas pencetak bukunya sebelum ini.

NONE "Sebelum ini saya sentiasa mematuhi akta ini dengan mencetak nama pencetak di dalam buku-buku saya. Tetapi apa yang berlaku, kilang-kilang cetak berkenaan sering diserbu pihak berkuasa.

"Sebagai contoh, pada 2009, kilang yang mencetak buku Gedung Kartun diserbu pegawai-pegawai KDN (kementerian dalam negeri).

"Pada 2010 pula kilang yang mencetak buku "Cartoon-O-Phobia" diserbu 20 orang anggota polis. Di dalam serbuan, mereka menggeledah dan merampas plat pencetakan," katanya lagi dalam satu kenyataan.

Kata Zunar lagi, buku Lawak & Lawan itu boleh diperolehi melalui laman web www.zunarcartoonist.com dengan harga RM25.

ADS