Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pelancaran video rasmi DAP bertajuk 'Ubah-Rocket Style' dalam versi pelbagai bahasa di Dewan Perhimpunan Kuala Lumpur-Selangor berlangsung meriah dalam suasana seperti satu pesta pada malam tadi.

dap ubah rocket style screen capture 010113 1 Seorang watak yang menonjol dalam video berkenaan, muncul memperkenalkan diri sebagai 'Datin B' - dengan berpakaian seperti 'Wanita Pertama' Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada perdana menteri.

Datin B memanggil dirinya dengan nama 'mama' bagi menonjolkan watak seperti seperti Rosmah yang didakwa mempunyai citarasa mewah terhadap pakaian dan beg tangan.

Para hadirin di majlis tersebut turut mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Datin B, yang menjadi bintang utama dalam video 'Ubah' sepanjang empat minit itu.

dap ubah rocket style screen capture 010113 5 Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua - yang bertindak sebagai produser video tersebut - berkata, DAP memulakan pembikinan selepas cadangan Setiausaha Agung Lim Guan Eng pada September lalu.

Katanya, Lim mencadangkan agar video tersebut diolah berdasarkan klip video lagu rap ‘Oppa Gangnam’ yang dipopularkan oleh penyanyi Korean Selatan, Psy.

"Lim bertanyakan sama ada saya telah menonton video itu yang semakin panas. Ia berlaku sebulan selepas Psy merasminya video dan telah mencatatkan 178 juta hit... (ia) menjadi fenomena seluruh dunia," kata Pua.

[Baca berita penuh]

ADS