Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) bimbang kerajaan mungkin melonggarkan beberapa syarat dalam melaksana dasar gaji minimum RM900 yang akan dilaksana pada akhir bulan ini.

NONE Sehubungan itu, PSM dan JERIT menawarkan untuk memantau pelaksanaan berkenaan sebagai satu cara kepada pekerja berkenaan untuk menyuarakan aduan mereka sekiranya majikan tidak melaksana dasar berkenaan.

Setiausaha agung PSM S Arutchelvan berkata parti itu dan JERIT tetap bimbang walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan dasar berkenaan pada 30 April tahun lalu dan rang undang-undang berkenaan digubal pada September lalu.

Katanya, PSM masih belum berjaya menuntut gaji minimum RM1,500, kenaikan itu ketara berbanding paras RM400 dan RM500 yang direkodkan sebelum ini.

NONE Namun, masih terdapat perkara yang perlu dibimbangkan apabila ia dilaksanakan pada hujung bulan ini, katanya.

"Kerajaan nampaknya memihak kepada majikan dalam keadaan tertentu. Pada mulanya kerajaan berkata gaji minimum ada RM900 yang tidak patut termasuk dengan elaun.

"Sejak undang-undang itu berkuatkuasa, 4,500 syarikat memohon pengecualian dan kerajaan meluluskan 600 dairpadanya untuk diberi kelonggaran.

"Kita telah melihat kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa majikan boleh menstruktur semula gaji pekerja, di mana elaun boleh disertakan," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS