Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata polis tidak akan memaksa sekiranya agensi media enggan mendaftar untuk mendapatkan pas khas daripada pasukan berkenaan bagi membuat liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini.

Katanya, polis mengeluarkan pas khas tersebut bagi mengelakkan kejadian yang berlaku pada perhimpunan BERSIH 3.0, di mana anggota pasukan tersebut didakwa mengasari wartawan bertugas.

"Apa yang penting ialah pengalaman semasa BERSIH 3.0 polis dituduh mengasari pihak media dan sebagainya. Jadi mungkin dengan cara ini mereka ingin mengambil langkah proaktif bagi menjamin keselamatan pihak media," katanya.

"Saya yakin tidak ada niat jahat (apabila polis meminta wartawan memohon pas khas)," katanya lagi.

Polis pada hari Isnin lalu menghubungi para wartawan dan meminta petugas media berkenaan mendapatkan pas pengenalan khas daripada polis untuk membuat liputan himpunan 12 Januari.

Malaysiakini berpendirian untuk tidak akan mengemukakan senarai nama wartawannya untuk mendapatkan pas pengenalan polis tersebut.

Portal berita ini berpandangan, permintaan polis itu dilihat bertujuan membezakan petugas media daripada peserta perhimpunan, sedangkan pasukan itu sepatutnya menjaga keselamatan semua pihak semasa acara seperti itu.

[Berita penuh menyusul]

ADS