Kementerian Pelajaran berkata tiada salahnya bagi wakil rakyat BN menyampaikan bantuan persekolahan RM100 dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga boleh berbuat demikian dengan bantuan kerajaan di bawah pentadbiran mereka sendiri.

"Terpulang kepada Jabatan Pelajaran Daerah (PPD) untuk jemput wakil rakyat BN untuk sampaikan bantuan persekolahan RM100 itu.

"Mereka adalah wakil rakyat kerajaan yang memerintah, maka tidak ada masalah jika mereka dijemput.

"Ia tidak perlu dipolimikkan, terutamanya BN sendiri tidak mempertikaikan jika wakil rakyat pembangkang menyampaikan segala bantuan yg diberikan oleh kerajaan di bawah pentadbiran mereka.

Semalam dilaporkan bahawa beberapa sekolah di Johor, yang menjadikan kubu kuat Umno, telah diminta menjemput pemimpin BN untuk menyampaikan bantuan wang tunai RM100 itu kepada pelajar.

Pihak sekolah juga diminta menaikkan kain rentang mengenai majlis tersebut sehingga pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu terkandung dalam dokumen yang didapati di lamanweb Kementerian Pelajaran dan beberapa pejabat pendidikan daerah di Johor.

Bantuan kewangan kepada para pelajar itu telah diumumkan dalam Bajet 2013 dan dijangka mensasarkan 5.4 juta dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.

Pemberian itu dikritik hebat kerana dilihat sebagai membeli sokongan untuk parti pemerintah menjelang pilihan raya umum akan datang, yang mesti dipanggil pada 28 April.

[Baca berita penuh]

 

1. Bantuan RM100: Sekolah diminta jemput pemimpin BN